Abby Abadi Buka Mulut Tentang Munir, Akui Sudah Banyak Kali Berjumpa

Pelakon Abby Abadi menyifatkan jejaka yang dipercayai sedang rapat dengan anaknya, Marissa Dania Hakim, iaitu Munir Akhunov sebagai seorang individu yang mempunyai keperibadian baik dan menghormati orang lain.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, berkata dia sudah beberapa kali bertemu Munir dan mengenali latar belakang pemuda berkenaan yang datang ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran sambil bekerja.

“Berulang kali dah mama jumpa berdepan macam ini dan macam-macam topik dah sembang.

“Alhamdulillah, anak yang baik. Sangat menghormati orang lain dan penuh adab.

“Bagilah ruang, tiada manusia yang sempurna. Munir ini merantau ke Malaysia ikut ejen.

“Sambung belajar dan bekerja sekali. Baru sangat dia berkawan dengan anak saya dah keluar cerita macam-macam,” katanya menerusi TikTok.

Mengulas dakwaan serta spekulasi berkaitan masa silam Munir yang kembali diperkatakan, Abby menegaskan isu kewangan yang pernah dibangkitkan sebelum ini sebenarnya sudah diselesaikan.

“Cerita 2019 pun keluar semula, biasalah budak muda, berkawan dan bercinta tapi tak jadi. Kita pun pernah muda.

“Tapi bab-bab yang tak sepatutnya jadi ungkitan, pinjam-meminjam itu dah dibayar balik pun.

“Munir kata dia masuk sini umur 18 atau 19 tahun. Logiklah dia tak ada apa-apa masa itu,” ujarnya.

Dalam masa sama, Abby berharap orang ramai mendoakan yang baik-baik selain menggesa Munir membuktikan segala tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya tidak benar.

“Kita semua manusia, serba kekurangan, tak ada yang tak pernah buat silap. Jadi, doakan yang baik-baik untuk kita semua okey.

“Untuk Munir, macam mama cakap dekat awak, buktikan yang awak bukan begitu. Buat adik, jaga diri, jangan gaduh-gaduh,” katanya.

Sebelum ini, nama Marissa menjadi perhatian ramai selepas Munir memuat naik foto anak Abby itu menerusi InstaStory sehingga mencetuskan spekulasi bahawa Marissa sudah menemui pengganti baharu.

Sumber: Kosmo! Online



0 Comments

|

68 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content