Abby Berang Rakan Memey Jaja Kisah Keluarga, Tegas Tuntut Nafkah Anak Bukan Cari Publisiti

Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa berang terhadap seorang individu yang didakwa rakan baik kepada Memey Suhaiza kerana didakwa menjaja kisah keluarganya sehingga mengundang pelbagai tanggapan negatif di media sosial.

Abby atau nama sebenarnya Arabiyah Abdul Manan, 48, menegaskan individu berkenaan tidak mengetahui perkara sebenar kerana hanya mendengar cerita daripada sebelah pihak.

Menurutnya, dia bersuara bukan atas sebab peribadi, sebaliknya bagi menuntut nafkah anak-anak yang didakwa sudah lama tertunggak.

“Kawan baik Memey sibuk ‘update’ itu dan ini, akhirnya mengumpat juga di belakang. Baguslah tulis begini, senang saya jawab.

“Isunya sekarang, saya menuntut nafkah makan, minum dan tempat tinggal anak-anak yang tertunggak. Saya cuma mahukan keadilan kerana anak-anak sudah besar dan keperluan mereka semakin banyak.

“Kalau saya tidak bersuara, memang berkira sungguh dengan anak-anak. Cerita tentang bersalin dan beranak saya bangkitkan kerana mahu orang tahu dia memang berlaku zalim sejak dahulu lagi,” katanya.

Abby turut mempersoalkan tindakan individu berkenaan yang hanya berkongsi perkara baik mengenai Memey tanpa mendedahkan perkara lain yang didakwanya pernah berlaku melibatkan anak-anaknya.

“Banyak lagi cerita belum habis. Awak cakap Memey baik, selalu belanja makan, pernah datang buat siaran langsung di pejabat, bawa anak-anak menginap di hotel. Itu sahaja?

“Kenapa tidak cerita pasal anak saya terpaksa letak beg di luar rumah? Kenapa tidak cerita pasal beg anak dipunggah dan kemudian diburukkan kepada orang lain? Itu semua tak mahu kongsi?” soalnya.

Dalam masa sama, Abby menafikan dakwaan kononnya dia pernah meminta untuk menyertai ibadah umrah menggunakan tiket penerbangan kelas perniagaan.

“Saya tertarik bila kata saya hendak ikut umrah naik kelas perniagaan. Bila masa? Saya tak pernah minta. Siapa yang bercerita itu kalau bukan Memey kan.

“Awak ingat saya terhegeh-hegeh macam awak? Saya tak hadap pun semua itu. Tolong semak semula WhatsApp, dari mana datang cerita umrah dan kelas perniagaan tersebut.

“Mulut siapa yang bawa cerita ini? Kalau berani, datang cakap depan-depan. Awak siapa sebenarnya dan apa tujuan awak campur urusan saya?” katanya.

Abby turut menegaskan layanan baik terhadap anak-anaknya tidak sepatutnya dijadikan isu memandangkan mereka juga merupakan zuriat bekas suaminya, Norman Hakim.

“Kawan terpaling nak membela. Seronoklah sebab selalu dibelanja. Dulu bukan macam itu pun. Belakang-belakang tetap mengumpat juga, jangan ingat tak ada orang sampaikan.

“Kalau dia layan baik anak Norman sekali pun, apa masalah awak? Bukan anak saya seorang sahaja. Kalau tak tahu cerita sebenar, lebih baik diam. Datang depan mata kalau berani,” tegasnya.

Sebelum ini, kecoh di Threads apabila seorang individu yang didakwa rakan kepada Memey memuat naik kenyataan mendakwa Abby sering mahu dilayan secara istimewa dalam pelbagai perkara.



0 Comments

|

66 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content