Pelakon Datuk Remy Ishak meluahkan rasa kesal terhadap kenyataan personaliti media sosial, Tareq Fit yang mempersoalkan kerjaya lakonan sebagai sumber rezeki tidak halal.
Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 43, berkata kenyataan tersebut disifatkan seakan-akan memperlekeh golongan anak seni.
Katanya sepanjang bergelar artis, dia tidak pernah menyaksikan mana-mana rakan seperjuangan bertindak menghukum atau menghina individu lain, meskipun berdepan pelbagai ragam masyarakat.
"Sudah lebih 20 tahun saya berada dalam industri persembahan atau hiburan, tidak pernah saya melihat walau sekalipun rakan sesama aliran seni ini menghukum, mencaci, mengherdik atau menghina sesiapa saja yang datang kepada kami.
"Pernah juga yang bukan peminat datang untuk bergambar, malah kami layan juga dengan senyuman," katanya menerusi hantaran di Threads.
Dalam hantaran tersebut, Remy turut memuat naik tangkap layar perbalahan melibatkan Tareq dan pelakon Kamal Adli sehingga mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.
Dalam pada itu, Remy turut mempersoalkan punca sebenar individu tersebut yang dikatakan membenci golongan industri seni kreatif.
"Tapi sejarah hitam apakah yang menghantui hidup sehingga anda membenci golongan industri seni atau kreatif ini? Ada ahli keluarga yang kena tikam dengan kami ke? Cuba kongsi sebabnya," ujarnya lagi.
Terdahulu, konflik tercetus apabila Kamal menegur Tareq agar memberi tumpuan kepada ibadah puasa dan tidak mempersoalkan penghasilan lagu raya oleh pempengaruh berperwatakan lembut.
Bagaimanapun, teguran itu dipercayai tidak diterima baik apabila Tareq hingga mempersoalkan kerjaya lakonan Kamal dan mendakwa aktor berkenaan mencari rezeki dengan cara tidak halal kerana berlakon bersama wanita yang tidak menjaga aurat.
Isu tersebut kini hangat diperkatakan di media sosial dengan rata-rata netizen mempertahankan golongan anak seni dan menyifatkan kenyataan berkenaan sebagai keterlaluan.
Sumber: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|218 Views
No Comments yet
Be the first to comment.