Ambil Masa Setahun Cari Diri Selepas Bersalin, Atikah Suhaime Belum Ada Perancangan Tambah Anak

Pelakon, Datin Atikah Suhaime memberi bayangan tiada perancangan untuk menambah zuriat selepas anak kelahiran anak pertamanya, Lyla Mulan Teh.


Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, berkata dia mengambil masa hampir setahun selepas bersalin untuk menyesuaikan diri dan mencari keyakinan diri.


"Saya ambil masa hampir setahun untuk mencari diri semula. Normal ke kalau tak nak ada anak lagi?


"Saya rasa Mulan (anak pertama) dah sempurna. Ada tak ibu bapa di sini yang cuma ada seorang anak? Okay ke?," katanya. 


Atikah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads mililknya pada Rabu.


Dalam pada itu, Atikah memberitahu sebelum berkahwin dia pernah berjanji kepada suami, usahawan Datuk Lokman Teh untuk memberikan enam orang cahaya mata. 


Namun kata pelakon filem My Stupid Boss itu perancangan tersebut mungkin tidak akan berlaku. 


"Sebelum kahwin saya janji pada suami nak bagi dia enam orang anak... tak jadilah.


"Perjalanan selepas bersalin memang bukan main-main," ujarnya. 


Untuk rekod, Atikah dan Lokman mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2024. 


Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Mulan yang kini berusia setahun.



Sumber: mStar



0 Comments

|

203 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content