Azar Azmi Kunci Mulut Mengenai Kes Suami, Akui Dilarang Beri Sebarang Kenyataan

PELAKON Azar Azmi memilih untuk terus mengunci mulut berhubung perkembangan kes mahkamah membabitkan suaminya, Mohd Apri Hazreen, yang masih dalam proses perundangan.

Menurut Azar atau nama sebenarnya Azar Azmi, 37, dia tidak boleh mengulas lanjut kerana menghormati arahan pihak berkuasa selain mahu memberi ruang kepada proses mahkamah berjalan seperti sepatutnya.

"Saya tak boleh cakap apa-apa mengenai perkara itu. Sebelum hadir ke mana-mana acara atau bertemu media, saya akan hubungi pihak tertentu untuk bertanya sama ada perkara ini boleh dijawab atau tidak.

"Tapi untuk hal ini saya memang tak boleh sentuh langsung sebab kita serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa. Biarlah mereka uruskan kerana kes ini masih berjalan," katanya.

Azar berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media Astro Fandom yang berlangsung di D Theatre Malaysia, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Sebelum ini, Mohd Apri didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memperdayakan seorang lelaki berusia 56 tahun sehingga mangsa membuat pembayaran sebanyak RM270,811 bagi mendapatkan tanah kurniaan Kerajaan Negeri Selangor yang didakwa tidak wujud.

Dalam prosiding berasingan di Mahkamah Majistret, Mohd Apri turut berdepan pertuduhan memperdayakan seorang lagi lelaki berusia 49 tahun membabitkan pembayaran RM23,120 bagi urusan mendapatkan darjah kebesaran bergelar Datuk yang juga didakwa tidak wujud.

Dalam pada itu, Azar turut menafikan dakwaan kononnya dia kini bekerja keras bagi mengumpul wang untuk mengikat jamin atau membebaskan suaminya.

Sebaliknya, pelakon drama Bulan Henti Bicara itu menjelaskan fokus utamanya ketika ini adalah mencari rezeki demi menyara dan menguruskan keperluan anak-anak.

"Kenyataan itu bukan daripada saya. Saya tak pernah cakap macam itu.

"Sekarang ini saya hanya fokus mencari duit untuk menguruskan anak-anak, itu sahaja," ujarnya.

Berkongsi keadaan dirinya, Azar mengakui masih berdepan rasa trauma sehingga lebih berhati-hati dalam mempercayai orang di sekeliling.

"Masih sama, saya masih rasa risau. Kita nampak orang itu manusia, tapi kita tak tahu hati mereka macam mana.

"Kadang-kadang orang nampak macam suka kita, tapi kita tak tahu apa yang berlaku di belakang. Ada juga yang kita sangka tak suka, rupa-rupanya merekalah yang menjaga kita.

"Jadi apa-apa pun saya kena sentiasa berhati-hati," katanya.

Dalam perkembangan lain, Azar meluahkan rasa syukur apabila masih diberi peluang untuk terus aktif dalam dunia lakonan menerusi drama terbaharu, Bulan Henti Bicara.


Sumber: mStar



0 Comments

|

93 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content