Ben Amir, Liara Alara Nikah Disember Lalu

Pelakon, Ben Amir, 37, akhirnya tampil mengesahkan desas-desus mengenai pernikahannya dengan Liana Alara pada Disember lalu. 


Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, berkata dia bersyukur kerana sudah selamat diijab kabul bersama isteri dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan mereka.


"Alhamdulillah, dengan izin Allah kami telah disatukan pada Disember 2025.


"Dengan rendah hati saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas doa dan ucapan baik semua," katanya. 




Ben berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada petang Ahad. 


Dalam perkongsian itu, Ben turut berkongsi foto dia dan isteri dipercayai dirakam semasa akad nikah yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur. 


Sebelum ini, beberapa perkongsian foto Ben di Instagram menimbulkan tanda tanya ramai sekali gus memberi gambaran seolah-olah dia sudah mendirikan rumah tangga. 


Pada November tahun lalu, Liana yang merupakan warga Filipina memeluk agama Islam dan melafazkan dua kalimah syahadah di pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kuala Lumpur.


Sumber: mStar




0 Comments

|

289 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content