Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang menyebarkan kisah tidak benar melibatkan dirinya dengan bekas isteri, Uqasha Senrose.
Kata Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, sebuah video yang tersebar kononnya dia bergaduh dengan Uqasha sebelum ini adalah satu fitnah.
Dia juga menjelaskan rakaman tersebut merupakan suntingan daripada sebuah program yang pernah menampilkan kisah hidupnya bersama Uqasha sebelum ini.
"Dekat TikTok ada orang post video saya dan Uqasha bergaduh fasal main futsal. Nak buat fitnah pun agak-agaklah.
"Sah itu penggambaran untuk Astro. Kongsilah klip itu sampai habis," katanya.
Kamal menulis perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Threads miliknya pada Rabu.
Paparan video berkenaan menyaksikan aksi Uqasha merajuk kerana Kamal terlepas waktu makan malam bersama kerana melakukan aktiviti bermain futsal.
Video tersebut juga dimuat naik oleh individu yang menggunakan nama 'Kamal Adli' di TikTok.
Kamal dalam masa sama meminta agar perkara terbabit tidak lagi berlaku memandangkan dia baru sahaja melalui proses perceraian.
"Berilah masa dan ruang orang nak bertenang. Dah la pakai nama Kamal Adli. Bodohlah macam ini!" luahnya.
Untuk rekod, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dan memiliki seorang cahaya mata iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia 1 tahun 8 bulan.
Sumber: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|260 Views
No Comments yet
Be the first to comment.