Bersikap Kurang Sopan, Betty Tampil Nafi Dakwaan Usahawan Singapura

Pelakon dan usahawan Betty Rahmad, 44, tampil menafikan dakwaan bersikap kurang sopan dan meninggikan suara kepada seorang penjual ketika berada di sebuah festival raya di Singapura. 


Betty atau nama sebenarnya Norsha Rahmad Ali, berkata, insiden yang berlaku hanya salah faham dan bukan seperti yang digambarkan oleh seorang usahawan dari negara berkenaan. 


"Saya bercakap dengan kawan saya kalau nak minta sesuatu dengan orang, tak boleh expect duduk situ dan orang datang dekat dia.


"Jadi, saya ajar kawan saya untuk cakap 'I want this' kalau nak minta sesuatu. Saya percaya korang ada kawan jenis macam ini," katanya. 


Betty menjawab perkara tersebut dalam satu sesi siaran langsung di laman TikTok miliknya pada Isnin. 


Tambahnya, dakwaan dibuat oleh usahawan yang dikenali sebagai Alif itu adalah tidak berasas kerana tidak menceritakan keseluruhan kejadian di lokasi. 


"Dalam video yang owner itu buat, sangat tak berasas, menimbulkan fitnah dan syak wasangka. Ia berbeza dengan cerita yang saya kongsi sekarang.


"Orang itu hanya cerita yang saya pergi dan cakap 'I want this!', sampai situ saja. Tak ada cerita sebelum dan selepas kejadian," jelasnya. 


Dalam masa Betty juga memohon maaf jika salah faham yang berlaku telah menyinggung hati mana-mana pihak. 


Sebelum ini tular sebuah video yang dimuat naik oleh Alif meluahkan rasa bengang terhadap Betty. 


Dakwanya pelakon itu bersikap biadab ketika membuat pembelian dengan meninggikan suara kepada salah seorang pekerja di sana.


Sumber: mStar



0 Comments

|

223 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content