Che Ta Akui Jadi ‘Mak Mentua Dari Syurga’, Tak Suka Campur Urusan Rumah Tangga Anak

Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan mengakui dirinya lebih selesa menjadi ibu mentua yang santai dengan memberi ruang kepada anak sulungnya, Ammar Effendy dan menantu, Auni Yasmin menikmati fasa awal perkahwinan tanpa campur tangan.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 53, berkata, dia tidak pernah menetapkan pelbagai syarat kepada pasangan itu setiap kali mereka pulang ke rumah.

“Saya mak mentua dari syurga. Saya jenis yang okey sahaja. Sepanjang mereka berkahwin, baru hujung minggu ini mereka balik rumah saya. Kebetulan pula saya tiada di rumah, Ammar pun sibuk dengan kejohanan golf.

“Saya jadi mak mentua yang santai sebab bekas mak mentua saya dahulu pun sangat santai. Dia ada pembantu rumah, kita nak basuh pinggan pun dia kata tak mengapa, biar pembantu uruskan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menurut isteri kepada pelakon Zain Saidin itu, dia lebih mengutamakan keselesaan anak dan menantu berbanding menetapkan pelbagai peraturan ketika mereka berkunjung ke kediamannya.

“Kalau cuti, nak bangun lambat, bangunlah. Tiada apa pun hendak dibuat di rumah saya. Bukan nak kena cuci kolam pun.

“Saya cuma cakap buat apa yang menggembirakan diri sendiri. Kalau suami tiada di rumah, nak memasak atau tidak, nak tidur sampai lewat pun tiada masalah,” ujarnya.

Che Ta turut berkongsi dia lebih banyak menasihati Ammar kerana percaya seorang suami memainkan peranan penting dalam membentuk kebahagiaan rumah tangga.

“Saya perempuan, jadi saya tahu apa wanita mahukan dalam rumah tangga.

“Saya selalu pesan kepada Ammar, kalau perangai macam ‘makhluk hampas’, macam mana nak dapat isteri syurga? Awak kena beri layanan seperti syurga, barulah dapat pasangan seperti syurga.

“Alhamdulillah, Auni budak baik. Setakat yang saya tahu, mereka pun solat Subuh berjemaah,” katanya.

Dalam masa sama, Che Ta mengakui masih menyesuaikan diri selepas anak lelakinya mendirikan rumah tangga, malah kadangkala berasa sayu melihat bilik Ammar yang kini kosong.

“Tapi bila mereka sudah berkahwin, setiap malam rasa macam nak menangis tengok bilik Ammar kosong. Rasalah kesunyian itu.

“Tipulah kalau tak terasa sebab dia pula dah 30 tahun tinggal bersama saya,” luahnya.

Untuk rekod, Ammar dan Auni mengikat tali pertunangan pada 25 Oktober tahun lalu sebelum sah bergelar suami isteri pada 26 Jun lalu.


Sumber: Kosmo! Online



0 Comments

|

52 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content