Cik B Hadiahkan iPad Buat Viviana, Bukti Persahabatan Tulus

Tindakan Cik B menghadiahkan sebuah iPad kepada rakan baiknya, Viviana sempena ulang tahun kelahiran mencuri perhatian ramai apabila momen tersebut dikongsikan dalam media sosial.

Menerusi sebuah video di TikTok, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida itu berkata, hadiah berkenaan dibeli selepas mengetahui rakannya mengimpikan peranti tersebut selain mahu membantunya dalam urusan pembelajaran.

Menurut Cik B, dia percaya seseorang yang mempunyai rezeki lebih seharusnya berkongsi kegembiraan dengan insan terdekat, terutama rakan yang dihargai.

"Saya nampak dia pernah muat naik mengenai iPad yang dia mahukan. Jadi bila kita tahu kawan kita inginkan sesuatu dan kita mampu, apa salahnya kita hadiahkan," katanya.

Kejutan itu nyata menyentuh hati Viviana yang tampil meluahkan rasa terharu serta menegaskan persahabatan mereka tidak pernah didasari faktor kemewahan atau harta benda.

Malah, Viviana berkata dia menghargai Cik B kerana sikap baik hati dan keikhlasan yang ditunjukkan sepanjang mereka berkawan.

"Saya tak pernah berkawan dengan awak kerana harta. Saya sayangkan awak sebagai seorang sahabat dan bersyukur dipertemukan dengan insan sebaik awak," katanya.

Viviana turut berjanji akan sentiasa berada di sisi rakannya itu serta mempertahankan Cik B sekiranya berdepan kecaman daripada mana-mana pihak.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap pemurah Cik B selain menyifatkan hadiah tersebut sebagai tanda persahabatan yang ikhlas dan saling menghargai antara satu sama lain.

Ramai juga berpendapat tindakan remaja itu membuktikan dia seorang yang penyayang serta tidak berkira untuk berkongsi rezeki dengan orang sekeliling.

Sumber: Xtra



0 Comments

|

1 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content