Didakwa culas caruman KWSP, Mila Jirin akui syarikat berdepan cabaran kewangan

Penyanyi dan usahawan Mila Jirin tampil menjelaskan dakwaan kononnya syarikat miliknya, Bizmilla Wedding Centre gagal melunaskan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kakitangan.


Menurut Mila atau Norsyarmilla Jirin, 39, dia tidak menafikan syarikat berdepan beberapa isu berkaitan perkara tersebut, namun menegaskan sebahagian daripadanya sudah diselesaikan manakala selebihnya masih dalam proses.

“Jujurnya, peniaga pun ada cabaran tersendiri, kita tak dapat nafikan keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu.

"Bagi Bizmilla sahaja, bayaran gaji sudah mencecah RM600,000 sebulan. Jadi kami perlu fikir bagaimana mahu menguruskan kesemua kos berkenaan.

“Saya tidak tahu siapa yang bercakap di luar sana. Itu hak mereka dan saya tidak pernah berniat untuk membalas balik,” katanya kepada mStar.

Mengulas lanjut, Mila berkata tidak semua dakwaan yang tersebar adalah tepat kerana ada sebahagiannya telah ditokok tambah.

“Ada benda yang betul dan ada juga yang ditokok-tambah. Ada isu yang kami sudah selesaikan dan ada yang masih dalam proses untuk diselesaikan.

“Sebab di Bizmilla ini jumlah pekerja sangat ramai. Apa yang boleh saya katakan, saya di bahagian pengurusan sentiasa mahu memastikan mereka ini kekal mempunyai mata pencarian,” ujarnya.

Dalam masa sama, Mila mengakui sebagai majikan dia bertanggungjawab terhadap sebarang kelemahan yang berlaku dan memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam aspek pengurusan.

Katanya, dia juga akan terus berusaha memperbaiki keadaan demi kebajikan pekerja yang masih setia bersama syarikat.

“Saya akan cuba buat yang terbaik. Mana yang tidak suka itu tidak mengapa, tetapi mana yang masih mahu berjuang bersama, kita akan berjuang sama-sama.

“Saya memang ambil serius bab kebajikan pekerja. Saya bukanlah majikan dari syurga, ada masanya saya garang juga. Tetapi saya sangat mengutamakan faedah mereka kerana kita cari rezeki bersama,” katanya.

Sumber: mStar



0 Comments

|

40 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content