Didakwa Tak Sensitif Ramadan, Video ‘Ikan Kekek’ Versi Zamaera Undang Kecaman

Penyanyi Rap, Zamaera, menerima pelbagai komen negatif daripada netizen apabila dia memuatnaik sedutan video lagu tradisonal kanak-kanak berjudul Ikan Kekek dalam karya baharunya.


Video yang dikongsikan oleh Zamaera atau nama sebenarnya Sharifah Zamaera Al Edros Syed Zafilan, 29, mengundang rasa kurang senang orang ramai yang mendakwa karya tersebut menghancurkan lagu asli berkenaan.


Dalam hantaran Threads tersebut, Zamaera menganggap ia sebagai nafas baharu buat lagu klasik berkenaan.


"Warisan pada akar. Tenaga baharu dalam gerakan," tulisnya ringkas.


Rata-rata menyifatkan lagu nyanyian Biduanita Negara, Puan Sri Saloma itu tidak wajar diubah atau dinyanyikan semula oleh penyanyi lain.


Lebih bertambah kurang senang apabila lagu tersebut turut menonjolkan tarian berserta pakaian yang tidak sesuai pada bulan Ramadan.


"Maaf saya tak terima Ikan Kekek dengan seluar pendek dan tergelek-gelek. Ia lagu tradisonal masyarakat Melayu! Ikan Kekek, berseluar pendek.


"Tak reti hormat bulan Ramadan, pergi negara lain. Bukan Malaysia!


"Mengekeklah kau dekat situ. Tolong jangan rosakkan lagu yang aku dengar elok sejak kecil.


"Bukan sebab kenal tak kenal sis. Tapi beragaklah. Sesama islam. Takkan tak faham ni bulan ramadan nak post benda mcm ni," komen netizen.


Untuk Info, lagu Ikan Kekek  terkenal dalam album 'Memori Hit Saloma' dan sering didengar sebagai lagu rakyat klasik.


Sebelum ini, ia pernah dirakam semula oleh artis lain seperti Ismail Haron dan Anita Sarawak.


Sumber: mStar



0 Comments

|

294 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content