Erma Fatima Akui Segan Sebut Tajuk ‘Dia Perempuan Sialan’, Anggap Terlalu Kasar

Pengarah dan penerbit Erma Fatima mengakui berasa kurang selesa untuk menyebut tajuk drama terbaharunya, Dia Perempuan Sialan, kerana menganggap ia kedengaran terlalu kasar.

Menurut Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 58, tajuk tersebut dipilih bukan untuk mencetuskan kontroversi, sebaliknya bersesuaian dengan jalan cerita yang bakal dipersembahkan.

“Tajuk itu memang kasar. Saya pun sebenarnya tak pernah nak sebut. Nak sebut pun saya tak sanggup.

“Kalau berurusan dengan pasukan produksi, saya akan panggil ‘Dia Perempuan’ sahaja,” katanya.

Dalam masa sama, Erma menjelaskan drama itu merupakan idea asal daripadanya, namun penulisan skrip diserahkan kepada penulis terkenal Siti Jasmina kerana dia mahu memberi tumpuan kepada persiapan projek filem lain.

Katanya, genre thriller dan seram bukan bidang yang paling dekat dengannya, justeru dia memilih untuk mendapatkan sentuhan penulis berpengalaman.

“Saya bukan tulis skrip, itu adalah cerita saya, idea asal. Saya serahkan penulisan itu kepada Siti Jasmina untuk diteruskan.

“Saya boleh buat jalan cerita sampai habis, tetapi untuk skrip saya serahkan kepada dia. Alhamdulillah, dia dapat menghasilkan dengan baik sekali,” ujarnya.

Mengulas mengenai inspirasi di sebalik karya tersebut, Erma menafikan jalan ceritanya diambil daripada pengalaman peribadi.

“Tak, bukan daripada pengalaman. Saja nak ‘feeling’ buat cerita hantu kononnya. Harapan saya cerita ini dapat disiapkan,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan drama itu mencetuskan kontroversi seperti beberapa karya terdahulunya, Erma berkata perkara tersebut bukan keutamaannya.

“Kontroversi tak ada kena-mengena. Orang takut pada tajuk saja. Ia berlainan dengan karya-karya saya sebelum ini,” jelasnya.

Dia Perempuan Sialan menampilkan gandingan pertama Meerqeen dan Hannah Delisha, selain turut dibintangi pelakon Indonesia Caitlin Halderman. Drama itu dijadual menemui penonton secara eksklusif menerusi platform Viu bermula September depan.


Sumber: mStar



0 Comments

|

44 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content