Fify Azmi Dedah Kekasih Curang, Netizen Dakwa Kenal Wanita Terlibat

Pelakon Fify Azmi mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya menjadi mangsa kecurangan individu yang dipercayai merupakan teman lelakinya.

Pendedahan tersebut dibuat menerusi platform Threads apabila Fify atau Nur Afiqah Mohamed Azmi, 36, berkongsi pengalaman peribadi yang disifatkan sebagai antara episod paling menyakitkan dalam hidupnya.

Menurut Fify, dia pada awalnya tidak pernah bercadang untuk membuka kisah tersebut kepada umum, namun berharap perkongsiannya dapat menjadi peringatan kepada wanita lain agar lebih mempercayai gerak hati sendiri.

"Tak pernah terfikir saya perlu berkongsi perkara seperti ini. Tetapi jika ia dapat membantu walaupun seorang wanita untuk lebih mempercayai naluri sendiri, maka ia berbaloi untuk dikongsikan.

"Ini adalah peringatan bahawa pengkhianatan tidak semestinya datang daripada orang tidak dikenali, dan kesetiaan bukanlah sesuatu yang boleh dianggap pasti hanya kerana seseorang itu kelihatan baik, baik hati atau nampak alim dan beragama," katanya.

Sebagai bukti, Fify turut memuat naik beberapa tangkap layar perbualan yang didakwa melibatkan teman lelakinya dengan seorang wanita lain.





Meskipun kecewa dengan apa yang berlaku, pelakon itu menganggap pengalaman berkenaan sebagai satu pengajaran yang membantunya melihat hakikat sebenar tentang hubungan dan kehidupan.

"Ada pengkhianatan yang tidak memusnahkan diri kita. Sebaliknya, ia membuka mata tentang siapa yang sebenarnya tidak ditakdirkan untuk terus berada dalam hidup kita," ujarnya.

Dalam masa sama, Fify memberitahu dia kini memilih untuk meneruskan kehidupan tanpa menoleh ke belakang, selain meletakkan ketenangan diri sebagai keutamaan.

"Saya sudah melangkah ke hadapan dan belajar bahawa ketenangan jiwa jauh lebih berharga daripada memaksa kesetiaan daripada orang yang salah," katanya.

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan, lelaki berkenaan dipercayai mengajak seorang wanita datang ke kediamannya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mendakwa identiti wanita yang dipercayai terlibat dalam perbualan tersebut bukan lagi rahsia apabila gambar profil yang dipaparkan dalam tangkap layar berkenaan dikatakan cukup jelas untuk dikenali.

Perkara itu sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.



0 Comments

|

19 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content