Penyanyi popular, Hafiz Suip dengan sekali lafaz sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Fiona Safiyya.
Hafiz atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, melangsungkan pernikahannya di sebuah dewan di Petrajaya Kuching, Sarawak.
Pada majlis tersebut, Hafiz menyerahkan mas kahwin sebanyak RM120.
Berita gembira itu dikongsikan menerusi sesi siaran langsung di laman sosial Facebook miliknya pada petang Jumaat.
Menurut penata gaya Kherry Mazelan, majlis tersebut dibuat secara tertutup hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.
"Syukur semuanya berjalan dengan lancar. Dengan sekali lafaz mereka sah bergelar sebagai suami isteri," katanya ketika dihubungi mStar.
Untuk info, Hafiz sebelum ini pernah berkahwin dengan Nureffy Jasreel pada 2016 dan sah bercerai pada Mei tahun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 9 dan Muhammad Alkaf Zayne, 6.
Sumber: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|267 Views
No Comments yet
Be the first to comment.