Isu tak bertudung tak jejaskan Fasha Sandha, pilih teruskan hidup

Pelakon Fasha Sandha mengakui dirinya kini lebih matang dalam berdepan kritikan di media sosial dan memilih untuk tidak lagi menghabiskan masa menjawab setiap komen negatif yang ditujukan kepadanya.

Menurut Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 42, pengalaman hidup mengajarnya bahawa tidak semua perkara perlu dijelaskan kepada umum kerana ia tidak semestinya mengubah persepsi orang lain.

"Dulu memang suka melawan walaupun perkara yang diperkatakan itu salah. Apabila semakin meningkat usia, saya sedar tak perlu nak jelaskan segalanya. Jika ada yang tidak suka, saya jelaskan selama tiga malam sekalipun memang tak akan mengubah apa-apa.

"Segala komen itu saya anggap sebagai angin lalu sahaja. Kesian juga mereka yang asyik bercakap buruk sedangkan saya tenang sahaja. Komen negatif tak mengganggu saya, tetapi jangan sentuh berkaitan maruah, keluarga dan komitmen kerja," katanya kepada mStar.

Fasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran yang turut mengumumkan dirinya sebagai duta rangkaian terbaharu produk Safi Youth Gold Rania.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan turut mengulas mengenai kritikan segelintir netizen yang mempersoalkan penampilannya tidak berhijab ketika menjalani penggambaran drama.

Menurutnya, dia tidak melihat keperluan untuk memberi penjelasan panjang lebar kerana setiap individu berhak mempunyai pandangan masing-masing.

"Tak boleh nak marah orang kongsi gambar saya tidak berhijab. Saya pun masih letak gambar tidak bertudung di Instagram. Saya tidak pernah beri apa-apa kenyataan tentang perkara ini.

"Kalau netizen nak komen tentang isu bertudung, biarkan sahaja. Setiap orang ada sebab untuk berkata-kata. Apa yang lebih penting adalah bagaimana saya berdepan perkara itu," ujarnya.

Berkongsi mengenai tanggungjawab sebagai wajah kempen produk kecantikan itu, Fasha menyifatkan peluang tersebut sebagai satu penghargaan besar walaupun mengakui dirinya bukan insan yang sempurna.

"Segan sebenarnya apabila diberi tanggungjawab ini kerana saya bukanlah manusia sempurna. Saya akan melakukan yang terbaik dan terus menjadi diri sendiri," katanya.


Sumber: mStar



0 Comments

|

44 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content