‘Jangan Toleh Kiri Kanan, Terus Kuat’ – Nabila Razali Titip Pesanan Buat Penyanyi Baharu

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali menitipkan pesanan kepada pendatang baharu dalam industri hiburan supaya terus kuat dan tidak mudah goyah dengan kecaman atau pandangan negatif orang ramai.

Menurut Nabila, 34, setiap individu yang ingin bergelar penyanyi perlu memiliki jiwa yang kental selain dikelilingi sistem sokongan yang baik.

“**Sebenarnya tiada nasihat sangat tetapi semua orang perlu ada ‘support system’ yang bagus, pengurusan dan keluarga. Semua itu penguat saya sehingga hari ini.

“Kena terus kuat kalau memang benar-benar nak jadi penyanyi. Tolak tepi semua perkara negatif itu.

“Nilai dan fikir semula niat masuk pertandingan dan jadi penyanyi,” katanya.

Nabila berkata demikian selepas namanya kembali menjadi sebutan susulan penyingkiran penyanyi Sabrina daripada program Big Stage Rocketfuel, apabila ramai netizen menjadikan perjalanan kariernya sebagai contoh penyanyi yang berjaya bangkit meskipun sering menerima kecaman terhadap kualiti vokalnya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Peluang Kedua itu berkata dia sentiasa berpegang kepada prinsip yakin dengan kemampuan diri sejak mula menceburi dunia seni.

“Go big atau go home, itu yang saya pegang sejak hari pertama menjejakkan kaki dalam industri hiburan ini.

“Dulu saya pergi sesi uji bakat program realiti sebab saya memang suka dan nekad nak jadi penyanyi sejak kecil. Jadi, apa sahaja yang orang cakap, tolak tepi sebab saya memang suka benda ini.

“Nyanyi tak sedap tidak apa sebab mak saya cakap sedap,” selorohnya.

Tambah Nabila, penyanyi baharu juga perlu menghargai sokongan daripada keluarga dan orang sekeliling kerana ia menjadi kekuatan untuk terus bertahan dalam industri.

“Kalau kita sendiri tahu apa yang diingini, semua kecaman dan kutukan tak akan buat kita goyang. Perkara itu boleh dipraktikkan dalam setiap perkara dan profesion lain di muka bumi ini juga.

“Buat sehabis baik dan kelilingilah diri dengan individu yang menyokong.

“Pada akhirnya, kita juga kena kuat seorang diri dan jangan sia-siakan setiap sokongan, tenaga serta pengorbanan yang dicurahkan oleh orang sekeliling kepada kita selama ini,” katanya.

Sebelum ini, nama Nabila kembali menjadi perhatian di media sosial apabila ramai netizen menyifatkan Sabrina bakal melalui perjalanan seni yang hampir sama dengannya, iaitu berdepan kecaman sebelum membuktikan kemampuan sebagai seorang penyanyi.



0 Comments

|

81 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content