Pelakon Jasmin Hamid, 53, bersyukur kaedah pembedahan bariatrik akhirnya berjaya menyelesaikan masalah 'fatty liver' dialaminya sekali gus impian memiliki badan langsing tercapai.
Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid berkata dia pernah berdepan kemurungan gara-gara fizikalnya dipersenda sekali pun sudah lakukan pelbagai ikhtiar untuk kurus secara sihat.
"Saya jadi murung masa badan saya 'gelembung' sebab 'mulut jahat' manusia yang hanya tahu komen dan kutuk. Sudah macam-macam cara saya nak kurus dan sihat tapi semua usaha saya hampa.
"Sebab metabolisme saya makin rendah, dan jalan terakhir adalah pembedahan bariatrik. Macam-macam orang takutkan saya pasal pembedahan bariatrik. Tapi bila saya sudah lalui sendiri, ini adalah prosedur yang selamat untuk kurus dan sihat.
"Tambahan pula ia di lakukan oleh doktor yang bertauliah dan terbaik di Asia Pasifik," katanya.
Pelakon Anak Perjanjian Syaitan itu berkongsi rakannya juga pelakon Zarina Zainuddin adalah individu penting menyarankannya untuk melakukan prosedur berkenaan dengan seorang doktor.
Jasmin berkata, dia bukannya suka-suka terus setuju lakukan pembedahan terbabit. Sebaliknya, hanya yakin untuk berbuat demikian selepas mendapat nasihat daripada doktor.
"Doktor akan lakukan pemeriksaan kesihatan sebelum buat prosedur untuk pastikan setiap pesakit layak ataupun tidak untuk buat pembedahan bariatrik.
"Doktor tak akan buat pembedahan jika kesihatan pesakit tak mengizinkan walaupun kita banyak duit dan sanggup untuk bayar mahal," katanya.
Keputusan itu ternyata memberi semangat positif dan buatkan Jasmin tersenyum kembali sebab tahap kesihatan bertambah baik. Dia juga seronok mendapat semula berat badan yang ideal.
Sumber: Harian Metro
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|331 Views
No Comments yet
Be the first to comment.