Kaki Melecur Disimbah Air Mendidih, Nicole Scherzinger Tetap Naik Pentas Sejam Kemudian

Penyanyi Nicole Scherzinger mendedahkan keadaan sebenar kecederaan pada kakinya selepas terkena air mendidih hanya sejam sebelum membuat persembahan bersama The Pussycat Dolls di Düsseldorf, Jerman.

Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Nicole menunjukkan beberapa gambar kesan melecur dan lepuh pada kakinya, sambil membandingkan apa yang dilihat peminat di pentas dengan kesakitan yang dilaluinya di belakang tabir.

Insiden tersebut berlaku pada 26 September ketika kumpulan itu menjayakan PCD Forever Tour. Walaupun mengalami kecederaan, penyanyi berusia 48 tahun itu tetap meneruskan persembahan seperti dijadualkan sebelum kembali ke pentas untuk siri konsert seterusnya.

Nicole kini meneruskan jelajah bersama Ashley Roberts dan Kimberly Wyatt, dengan konsert seterusnya termasuk persembahan di Glasgow sebelum jelajah berakhir di São Paulo, Brazil pada penghujung Oktober.

Di sebalik penampilan penuh glamor di atas pentas, perkongsian Nicole kali ini memperlihatkan sisi yang tidak pernah diketahui peminat, kesakitan yang terpaksa ditahan ketika persembahan tetap diteruskan.



0 Comments

|

13 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content