Pelakon, Kamal Adli mengakui masih dalam fasa pemulihan selepas dua minggu bercerai dengan aktres, Uqasha Senrose.
Pemilik nama sebenar, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, berkata situasi yang dilalui bukan sesuatu yang mudah, malah dia terpaksa berpura-pura tenang ketika berada di set penggambaran.
"Saya seronok sibuk bekerja dan dalam masa sama sedang 'recovery'. Perkara ini baharu untuk saya, bukan sesuatu yang pernah saya lalui sebelum ini.
"Saya tak pernah rasa begini, jadi di set penggambaran saya hanya buat-buat okay," katanya.
Menurut Kamal, kekecewaan yang dialami memberi kesan besar sehingga menyebabkan dia hilang selera makan dan berat badannya menurun secara mendadak.
"Saya tak boleh tipu diri sendiri, sebenarnya saya memang koyak. Saya terpaksa teruskan penggambaran sebab itu rezeki saya.
"Sampai tahap saya tak rasa nak makan. Memang saya tengah diet, tapi situasi ini 'tolong' sekali," luahnya.
Tambah pelakon itu, masih banyak perkara yang perlu dihadam selain lebih selesa berseorangan apabila pulang ke rumah.
"Walaupun sibuk shooting, bila ada masa sendirian barulah saya sempat fikir dan 'healing'.
"Selepas habis penggambaran, saya balik duduk dalam bilik saja. Berfikir, solat dan buat apa yang mampu. Nak kata ia membantu sepenuhnya tidak, tapi Alhamdulillah saya bersyukur sebab kerja pun banyak," katanya lagi.
Dalam masa sama, Kamal turut berterima kasih kepada rakan-rakan di set penggambaran yang sentiasa menceriakan suasana tanpa mengungkit isu peribadinya.
"Mereka tahu saya tengah down, tapi tak buka mulut pasal perkara itu. Mereka cuma cuba menggembirakan saya," ujarnya.
Untuk rekod, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, kini berusia setahun lapan bulan.
Sumber: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|270 Views
No Comments yet
Be the first to comment.