"Kami bukan kaki glamor" - Awie pilih bantu dalam diam

Penyanyi rock legenda Awie mendedahkan dia bersama Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia sudah lama menjalankan pelbagai inisiatif kebajikan bagi membantu golongan memerlukan termasuk penggiat seni yang berdepan kesusahan.

Menurut Awie, 57, usaha tersebut sengaja dilakukan tanpa publisiti kerana baginya keikhlasan lebih penting daripada perhatian umum.

“Saya dan ahli-ahli Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia juga ada usaha kami sendiri.

“Cuma kami bukannya ‘kaki’ glamor, tak panggil wartawan apatah lagi mengwar-warkan. Adalah usaha kami ini keluar media sosial itu pun tak banyak.

“Saya, sayap-sayap Wings dan majlis yang saya sertai menjalankan usaha kami, tinggal lagi kami tidak hebohkan. Itu sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Awie berpendapat usaha membantu artis yang berdepan kesempitan hidup sepatutnya turut menjadi keutamaan persatuan atau pertubuhan seni yang menerima peruntukan daripada kerajaan.

Katanya, dana yang disalurkan wajar dimanfaatkan untuk menjaga kebajikan ahli industri, khususnya mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.

“Tugas itu adalah tanggungjawab persatuan. Mereka sepatutnya menggalakkan perkara-perkara begini.

“Mereka menerima dana yang banyak daripada kerajaan.

“Dana itu harus digunakan untuk menolong artis yang dalam kesusahan, itu yang sepatutnya dilakukan,” katanya.


Sumber: Utusan



0 Comments

|

41 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content