'Kamu Yang Membuat Saya Menjadi Seorang Ibu' - Luahan Rita Rudaini Buat Anak Sulung

PELAKON Rita Rudaini berkongsi luahan penuh emosi sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, yang kini genap berusia 17 tahun.

Menurut Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini Mokhtar, 50, Rayyan bukan sahaja membawa dirinya melangkah ke alam keibuan, malah menjadi individu yang banyak mengajarnya erti kehidupan sebagai seorang ibu.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Rita memuat naik beberapa foto kenangan ketika Rayyan dan adiknya masih kecil yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang.

"Kepada anak sulung saya, Airit Rayyan. Kamu adalah orang yang membuat saya menjadi seorang ibu. Kami membesar bersama... langkah pertama kamu dan pelajaran pertama saya sebagai seorang ibu.

"Setiap kesilapan, setiap air mata dan setiap senyuman membentuk ibu yang saya jadi hari ini.

"Tak kira berapa usia kamu, kamu akan sentiasa menjadi anak kecil yang menghadiahkan gelaran paling bermakna ini kepada saya.

"Selamat ulang tahun, Champ," tulisnya.

Perkongsian tersebut menyentuh hati ramai pengikut yang turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari lahir kepada Rayyan selain mendoakan agar remaja itu terus berjaya dan menjadi kebanggaan ibunya.

"Anak yang hebat hasil didikan ibu yang hebat."

"Selamat hari lahir Rayyan. Semoga terus berjaya dunia dan akhirat."

"Semoga terus menjadi kebanggaan mommy," antara komen netizen.

Sementara itu, adik Rayyan iaitu Airit Qaqa Arjuna, 15, turut menitipkan ucapan istimewa buat abangnya menerusi Instagram.

"Selamat ulang tahun abangku Airit Rayyan. Semoga kamu mencapai semua impian dan terus menjadi abang yang hebat.

"Kamu adalah idola saya. Semoga suatu hari nanti kamu akan terus berjaya. Selamat menikmati hari istimewa, abang," tulisnya.

Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 sebelum bercerai lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki yang kini dibesarkan sepenuhnya oleh Rita.

Sumber: Harian Metro



0 Comments

|

93 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content