Kartina Simpati Nasib 'Intern', Pengarah Hanya Bayar RM150

Pelakon veteran, Kartina Aziz mendedahkan perangai seorang pengarah yang mempergunakan seorang pelajar praktikal dengan cara yang dianggap tidak adil.


Menurut Kartina atau Kartina Abdul Aziz, 71, dia pernah menyaksikan seorang pelajar praktikal dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang dijemput sebagai pembantu pengarah dalam sebuah produksi filem, namun tugasnya hanyalah menarik kabel.


Malah kata Kartina, dia juga pernah melihat beberapa pelajar yang diberikan bayaran tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan dalam produksi filem.


"Kalau ikut jawatan, dia assistant director, tapi saya lihat dia hanya disuruh tarik kabel. 


"Saya juga sempat tengok depan mata, ada pelajar yang bekerja dalam produksi filem cuma dibayar elaun sebanyak RM150," katanya kepada mStar.


Berkongsi lanjut, Kartina berkata perlakuan sedemikian adalah tidak wajar kerana pelajar sepatutnya diberikan pendedahan dan pengalaman sebenar selaras dengan jawatan yang diamanahkan kepada mereka.


Tambah pelakon Mami Jarum itu, sikapnya yang sentiasa berbaik dengan kru produksi membuatkan dia mengetahui perkara sebenar yang berlaku di set penggambaran.


"Bagi saya, itu tak patut. Alhamdulillah kru produksi lain baik dengan saya dan mereka saya anggap macam anak sendiri, sebab itu saya layan mereka dengan baik," jelasnya.


Selain itu, Kartina turut mendedahkan pengalaman pelajar lain yang pernah diberikan amaran keras, di mana jika gagal menepati kerja, mereka terpaksa mengulang semula peperiksaan.


Ironinya, pengarah tersebut tetap mendapat pujian daripada sesetengah pihak yang menganggap dia seorang yang sangat profesional.


Sumber: mStar



0 Comments

|

341 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content