Kerajaan Amerika Syarikat 'shutdown'

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang sibuk menguruskan 'hal keamanan dunia' gagal untuk menangani krisis di negara sendiri apabila berlaku penutupan (shutdown) kerajaan persekutuan bermula pada Rabu. Situasi itu berlaku setelah Republikan dan Demokrat saling menuding jari menyalahkan antara satu sama lain untuk menyelesaikan kebuntuan bajet.

Ketahui lebih lanjut: https://www.sinarharian.com.my/article/750392/global/kerajaan-as-shutdown


Operasi kerajaan mula terhenti pada pukul 12.01 tengah malam (waktu tempatan), selepas rundingan yang heboh diperkatakan akhirnya gagal di Dewan Senat untuk menyekat penyelesaian pembiayaan jangka pendek yang telah diluluskan Dewan Perwakilan.

Ketahui lebih lanjut: https://www.kosmo.com.my/2025/10/01/kerajaan-as-mula-ditutup/


Penutupan kerajaan paling lama dalam sejarah AS berlangsung selama 35 hari dan berlaku semasa penggal pertama Trump. Perkhidmatan seperti keselamatan sempadan, penjagaan hospital, kawalan trafik udara, penguatkuasaan undang-undang dan penyelenggaraan grid tenaga dianggap penting dalam penutupan sebelum ini, manakala manfaat seperti Keselamatan Sosial, Medicare dan Medicaid diteruskan.

Perkhidmatan imigresen, misalnya tidak terjejas kerana dibiayai oleh yuran bebas. Bagaimanapun, beberapa perkhidmatan awam mungkin terjejas. Pemeriksaan alam sekitar dan makanan boleh boleh terganggu, sementara pemeriksaan kilang digantung sementara.

Ketahui lebih lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/756669



0 Comments

|

417 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content