"Kerja Dia Menyenangkan Hati Aku" - Shiera Bidas Netizen Dakwa Ijoy Tak Kerja

Penyampai radio, Sharifah Shahirah tampil menjawab tanggapan segelintir pihak yang mendakwa suaminya Ijoy Azhari tidak bekerja. 


Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, 52, berkata, persepsi tersebut tidak tepat kerana peranan Ijoy dalam keluarga cukup besar dan tidak boleh dinilai berdasarkan wang semata-mata.


Kata Shiera, suaminya memainkan peranan penting dalam menguruskan keluarga serta memberi sokongan penuh, terutamanya dalam hal membesarkan anak-anak.


"Memang ada orang kata Ijoy tak kerja. Kerjalah, kerja dia menyenangkan hati aku. 


"Dia (suami) yang uruskan keluarga dan beri sokongan. Saya perlukan suami yang menyokong anak-anak daripada belakang. 


"Bila saya tak larat, saya akan suruh Ijoy uruskan anak-anak," katanya. 


Shiera berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual program audio siar Too Pretty Too Handle yang dimuat naik di saluran YouTube. 


Dalam pada itu, Shiera turut mendedahkan Ijoy sebenarnya mempunyai gerai makanan dan masih menerima tawaran berlakon, namun bayaran yang ditawarkan terlalu rendah dan tidak setimpal.


Katanya lagi, dia juga tidak ambil pusing dengan pandangan orang luar terhadap kehidupan mereka.




"Ijoy ada gerai makan. Kalau dapat tawaran berlakon pun ditawar RM500. Bukan dia tak mahu berlakon.  Kalau saya buat IG reviu lebih daripada itu saya boleh dapat. RM500 nak suruh orang berlakon. 


"Saya jadi malas, biarlah orang tengok kita tak ada apa-apa, anggap kita miskin. Saya dah tak kisah," ujarnya. 


Mengulas kritikan masyarakat yang sering meletakkan tanggungjawab kewangan sepenuhnya di bahu lelaki, Shiera berkata dia sedar suaminya sudah berusaha sedaya upaya.


"Kalau orang cakap lelaki kena itu ini (kerja kuat) saya tak boleh buat apa. Saya tahu Ijoy sudah cuba yang terbaik. 


"Saya tak boleh buktikan kepada semua untuk jadi yang terbaik. Ijoy ada kelebihan lain, dalam buruk dia ada baiknya juga. Kita semua ada rezeki dan cara masing-masing," katanya.


Untuk rekod, Shiera mendirikan rumah tangga dengan Ijoy pada 2003.


Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Airel, 22, Airra, 19, Audra, 17, dan Adeena, 10 tahun. 


Sebelum itu, Shiera pernah berkahwin dengan penyanyi Jatt Ali dan mempunyai seorang anak perempuan Bernama Tallisya yang kini berusia 28 tahun.


Sumber: mStar



0 Comments

|

257 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content