Lakon Watak Khunsa, Jasmine Suraya Tak Sangka Filem Ke Oscar

Pelakon Jasmine Suraya tidak menyangka apabila filem lakonannya berjudul Pavane for an Infant dipilih mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik pada Anugerah Oscar ke-98 di Los Angeles, Amerika Syarikat.


Bercerita lanjut mengenai karakter Nurul lakonannya dalam Pavane for an Infant, Menurut Jasmine, wataknya yang merupakan seorang khunsa tidak pernah dilakonkannya di mana-mana naskhah selama ini. 


"Watak ini mengalami konflik di mana dia tak tahu mahu jadi lelaki atau Perempuan sebab dia mempunyai dua kemaluan. 


"Jadi Nurul membesar dalam keadaan tidak tahu dirinya siapa," jelasnya. 




Antara perkara yang Jasmine lakukan bagi mendalami watak Nurul adalah belajar untuk memakai tudung dan menunggang motosikal.


"Saya ambil masa dua minggu untuk selesakan diri menjadi Nurul, saya belajar pakai tudung dan keluar ke mana-mana selama itu dengan bertudung. 


"Nurul bukan daripada keluarga berada, jadi saya belajar naik motor, dengar lagu rock untuk ada gaya dan cara pemikiran Nurul. 


"Oleh sebab Nurul ini karakter yang terpinggir, jadi saya minta pembantu peribadi untuk tidak ikut saya ke set. Saya mahu dapat rasa terasing itu," jelasnya.



Sumber: UTUSAN




0 Comments

|

405 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content