Lydia Ibtisam Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman Dalam Badan (UPDATE)

Pelakon Lydia Ibtisam dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam badan pada Khamis.

Lydia yang terkenal menerusi drama Impian Illyana menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur kira-kira pukul 4 petang.

Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh sahabatnya, pelakon Mimi Ernida menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

"Assalamualaikum. Nur Lydia Ibtisam Abdul Wahab baru sahaja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.

"Al-Fatihah," tulisnya.

Sebelum ini, Lydia dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami komplikasi penyakit autoimun yang dihidapinya sejak lapan tahun lalu.

Suaminya, Ezam Merican memaklumkan penyakit berkenaan telah menyerang buah pinggang selain Lydia turut mengalami jangkitan pada bahagian perut, paru-paru dan darah sehingga menyebabkan keadaannya kritikal.

"Lydia sakit teruk. Masalah autoimun yang serang buah pinggang serta ada virus dalam perut, paru-paru dan darah. Dia kritikal.

"Tolong hadiahkan doa dekat dia. Lapan tahun sudah kawal sakit autoimun dengan makan ubat. Tapi lama-lama jadi lain pula sebab autoimun itu semakin agresif," katanya.

Sementara itu, rakan baiknya, penyanyi dan pelakon Elliza Razak memaklumkan Lydia dimasukkan ke hospital kira-kira dua minggu lalu dan sempat menjalani pembedahan akibat jangkitan kuman.

Menurut Elliza, Lydia sebelum itu pernah menerima rawatan selama sebulan sebelum dibenarkan pulang, namun kembali dimasukkan ke hospital selepas keadaannya merosot.

Pemergian Lydia nyata memberi kesan kepada keluarga, rakan-rakan artis dan peminat yang sebelum ini tidak putus-putus menitipkan doa agar Allahyarham diberikan kesembuhan.


Sumber: Harian MetromStar



0 Comments

|

67 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content