Masing-Masing Lakar Sejarah Raih Lebih 236 Penstriman Di Spotify

Penyanyi, Ernie Zakri terus membuktikan dominasinya di persada seni serantau apabila karya hitnya berjudul Masing Masing melakar sejarah meraih lebih 236 juta penstriman di platform Spotify.


Kejayaan hebat hasil kolaborasi bersama komposer dan pemain gitar ternama Indonesia, Ade Govinda itu mendapat pengiktirafan rasmi daripada Asia Book of Records.


Lagu berkenaan dinobatkan sebagai lagu Melayu/Indonesia terpantas mencecah angka 200 juta penstriman menjelang Ogos tahun lalu.


Pencapaian bertaraf Asia ini mengukuhkan lagi profil seni Ernie selepas beliau dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada Disember 2025.


Pengiktirafan daripada Asia Book of Records ini bukan sekadar satu lagi trofi dalam simpanan, malah menjadi platform yang meningkatkan pendedahan media di seluruh rantau serta menghubungkan pencipta rekod dengan tokoh inovator hebat di benua Asia.


Mengulas mengenai kejayaan itu, Ernie atau pemilik nama Nur Ernie Shahirah Zakri mengakui terharu kerana tidak menyangka naskhah yang dihasilkan atas dasar kejujuran emosi mampu pergi sejauh itu.


"Sejujurnya, semasa menghasilkan lagu ini bersama Ade Govinda, matlamat kami hanyalah untuk menyampaikan sebuah naskhah yang jujur.


"Melihat ia kini meraih sambutan luar biasa sehingga melakar sejarah, saya amat menghargai sokongan padu pendengar, terutamanya Ernienators yang setia menyokong perjalanan seni saya sejak awal lagi," katanya.


Menurut Ernie, kekuatan utama Masing Masing terletak pada mesejnya yang bersifat universal sehingga mampu menambat hati pendengar di seluruh Asia Tenggara walaupun berdepan jurang bahasa.


Kejayaan ini menjadi bukti kukuh bahawa kolaborasi muzik antara dua negara mampu menembusi sempadan antarabangsa dan membina legasi seni yang akan terus dikenang.


Sumber: Harian Metro



0 Comments

|

235 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content