Penyanyi, Mawi mendedahkan pernah menerima hadiah berupa sehelai seluar dalam wanita ketika berada di puncak populariti dalam industri hiburan tanah air.
Menurut Mawi atau Asmawi Ani, 45, seluar dalam berkenaan bukan baharu namun sudah digunakan dan berlendir.
Mengikut nasihat bapanya, Mawi tidak menyentuh hadiah itu dan terus membuangnya.
"Waktu itu ada satu negara ini saya pergi untuk show, lepas persembahan saya balik bilik hotel. Penuh hadiah dalam bilik saya. Saya bukalah hadiah-hadiah itu dengan ayah.
"Bila saya buka salah satu hadiah ni, kotak warna pink siap dengan reben. Wangi. Sekali tengok ada satu kertas dan bila buka seluar dalam perempuan. G-string. Seluar dalam itu dah pakai dan ada lendir.
"Saya pun panik. Ayah saya cakap jangan sentuh. Ayah ambil penyangkut baju dan tarik. Lendir tu jatuh, masih fresh. Ayah saya masukkan dalam mangkuk tandas dan flush. Settle. Seram juga tu," katanya.
Mawi berkongsi perkara itu menerusi program audio siar Sembang Seram yang dimuat naik di YouTube.
Dalam temu bual itu, hos Safwan Nazri bertanyakan mengenai ujian yang diterima Mawi sewaktu zaman kegemilangannya selepas bergelar juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3).
Mawi mengakui dia tidak terlepas diuji dengan peminat wanita dan situasi itu memerlukan kekuatan mental yang tinggi.
"Ujian wanita yang datang ini memang masya-Allah. Nak tepis macam mana tu kena betul-betul kuatlah.
"Yang datang bukan biasa-biasa," ujarnya.
Untuk info, Mawi mula mencuri perhatian masyarakat Malaysia apabila menyertai AF3 pada tahun 2005.
Sumber: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|238 Views
No Comments yet
Be the first to comment.