Meerqeen Ketepi Prinsip Demi 'Dia Perempuan Sialan'

Pelakon Meerqeen mengakui terpaksa mengetepikan prinsip yang dipegangnya selama ini apabila menerima tawaran membintangi drama seram Dia Perempuan Sialan.

Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 25, berkata, dia sebelum ini berjanji tidak akan berlakon dalam karya bergenre seram sehingga adik bongsunya mencecah usia 10 tahun.

"Saya memang sudah menetapkan prinsip untuk tidak berlakon dalam karya bergenre seram sehingga adik saya berusia 10 tahun. Sekarang dia baru berusia lima tahun.

"Saya pula hanya tahu drama ini bergenre seram ketika sesi bacaan skrip bersama pelakon lain. Saya sebenarnya tidak mahu apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku kepada adik saya," katanya.

Bagaimanapun, Meerqeen berkata, dia tetap menerima tawaran tersebut kerana menganggap ia sebagai satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

"Bagi saya, tanggungjawab tetap tanggungjawab. Mahu atau tidak, saya perlu melaksanakannya dengan penuh ikhlas," ujarnya.

Berkongsi pengalaman sepanjang penggambaran, Meerqeen berkata, dia sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga sebelum pulang ke rumah memandangkan mempunyai adik yang masih kecil.

Katanya, beberapa babak yang menjalani penggambaran di Pulau Carey turut memerlukan barisan pelakon dan kru bermalam di lokasi sehingga awal pagi.

"Ada babak di Pulau Carey yang menyebabkan kami terpaksa bermalam di sana dan penggambaran pula ada kalanya berlarutan sehingga pagi.

"Saya ada adik kecil, jadi saya perlu bersihkan diri terlebih dahulu sebelum masuk ke rumah," katanya.

Dalam pada itu, Meerqeen mengakui dirinya seorang yang penakut dan tidak gemar menonton karya bergenre seram.

"Saya memang paling penakut. Sudah tentu watak ini sangat mencabar bagi saya, tetapi bukan drama ini sahaja, semuanya adalah satu cabaran buat saya.

"Bagi saya, manusia mungkin lebih berbahaya secara fizikal, tetapi dari sudut nurani, hantu lebih menakutkan.

"Saya berkata begitu kerana tidak pernah mempunyai pengalaman melihat hantu, tetapi pernah berdepan dengan pelbagai ragam manusia," katanya.

Selain Meerqeen, Dia Perempuan Sialan arahan Erma Fatima turut dibintangi Hannah Delisha dan Caitlin Halderman. Drama berkenaan dijadual menemui penonton pada September menerusi platform Viu.


Sumber: Utusan



0 Comments

|

59 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content