Mimifly Masih Sama, Tak Rasa Diri 'Besar' Walau Dilambung Pujian

Penyanyi, Mimifly menegaskan, dia masih sama seperti sebelum ini walaupun kini perjalanan seninya semakin rancak.


Kata bekas vokalis One Nation MC itu, yang berubah hanya keyakinan dengan kemampuan dirinya selepas karya Serumpun mendapat sambutan tidak hanya di Malaysia tetapi juga di luar negara.


"Saya orang yang sama, tidak hanyut dek pujian, tidak mendongak kerana disanjung. 


"Mungkin yang berubah adalah keyakinan diri kerana ia semakin bertambah. Dulu dalam fikiran saya penuh keraguan tapi sekarang ini saya lebih yakin dengan kemampuan sendiri," katanya.


Tapi, setiap kejayaan itu membuka mata. Mimi sedar diri, bila berada di atas, layanan orang juga naik ke 'atas' .




"Dulu orang layan saya berbeza. Pernah dikata penyanyi sendu dan tidak punya apa. Ya, saya pernah berada dalam fasa itu dan saya tidak pernah lupa tentangnya. Saya sedar, layanan berbeza bila kita berjaya. Itu yang membuka mata saya.


"Itu pengajaran untuk diri saya. Jangan membeza-bezakan orang kerana pencapaian mereka. Layan sama rata. Kita nilai orang dari sudut hatinya.


"Tapi saya tidak bersangka buruk dengan orang. Saya ini sudah 17 tahun menyanyi, bermacam-macam jenis orang saya jumpa. Yang suka dan tidak suka saya.


"Yang penting, orang yang dari dulu berada disamping saya, masa saya tidak ada apa sampailah sekarang. Mereka inilah saya jaga dan hargai kerana keikhlasan mereka besar nilainya," kongsinya.


Dalam ramai penyanyi berlumba-lumba mengadakan konsert pada masa sekarang ini, Mimi memilih jalan berbeza.Dia berpijak di bumi nyata dan sedar yang dirinya belum bersedia untuk mengadakan konsert solo meskipun keinginan ke arah itu, ada.


"Ramai yang bertanya soalan yang sama. Saya realitinya belum bersedia. Dengan jumlah lagu yang saya ada, masih belum melayakkan saya untuk mengadakan konsert.


"Saya seronok melihat rakan artis yang lain mengadakan konsert. Saya belum berkemampuan seperti mereka. Dan saya pun tidak tahu yang saya ini akan ada konsert solo atau tidak.


"Buat masa ini, biarlah saya tumpukan pada penghasilan lagu terlebih dahulu. Bila jumlah lagu itu sudah mencukupi, kalau ada rezeki, barulah boleh merancang untuk konsert," ujarnya.




Mimi pada masa sama tidak menafikan ramai penganjur yang menghubunginya, menyatakan minat dan kesediaan mereka untuk menganjurkan konsert solonya.


"Bukan sahaja penganjur tempatan, malah yang luar negara pun ada. Mereka berminat untuk bawa saya ke Singapura dan Indonesia.


"Tetapi saya terpaksa menolak secara baik. Saya teguh dengan pendirian yang saya ini belum bersedia mengadakan konsert," kongsinya.


Sumber: Utusan



0 Comments

|

303 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content