Seorang pengguna Threads tampil bersuara selepas mendakwa corak pada sejadah Naelofar milik usahawan Noor Neelofa Mohd Noor yang dibeli kelihatan meragukan.
Menerusi hantaran dibuat, individu berkenaan menegaskan setiap corak yang dihasilkan pada sejadah tidak boleh dipandang remeh.
"Mengenai isu sejadah Naelofar, ada yang panggil saya bod*h, ada yang cakap 'ia hanyalah sekadar satu reka bentuk biasa' dan ada yang kata ia adalah pareidolia.
"Tak kisahlah apa pun, apabila nampak dengan jelas dan was-was hukumnya haram! Sejadah ini tempat kita nak sujud ketika solat," katanya.
Dalam masa sama, individu tersebut turut menekankan mengenai pandangannya berkaitan akidah dan iman tidak akan terganggu dengan kritikan netizen.
"Tanya iman masing-masing, ini soal akidah. Ketawalah, panggillah saya old-fashioned atau cuba untuk 'mengajar' saya. Saya tak kisah.
"Mungkin sudah tiba masanya anda mempersoalkan keimanan sendiri pula," ujarnya.
Hantaran itu menarik perhatian netizen yang bersetuju dengan pandangan tersebut.
Mereka mendakwa corak sejadah itu menyerupai kepala kambing.
"Serius memang nampak kepala kambing.
"Ya dari tadi saya cari daripada mana sambung corak tersebut tetapi memang tak jumpa. Masalahnya memang jelas sangat terutamanya bahagian hidung dan mata.
"Awak sangat kreatif kak sebab nampak. Saya juga nampak macam kepala kambing walaupun sebenarnya itu bunga. Tak mengapa terima kasih kerana berkongsi," tulis netizen.
Difahamkan sehingga kini syarikat tersebut masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung isu yang sedang hangat dibincangkan di media sosial itu.
Sumber: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|239 Views
No Comments yet
Be the first to comment.