Netizen Puji Fazura Kuat Dukung Anak, Angkat 'Stroller'

Foto pelakon Fazura mendukung cahaya matanya, Nur Fatima Aisya ketika bercuti di luar negara meraih perhatian ramai, apabila aktres berkenaan dipuji tidak kekok menguruskan anak, termasuk mengangkat 'stroller' atau kereta tolak bayi sendiri.


Menyambut baik pujian tersebut, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 42, memaklumkan dia telah mengamalkan gaya hidup aktif sejak usia muda.


Kata Fazura, rutin senaman yang diamalkannya sejak usia 20-an banyak membantu dari segi kesihatan fizikal, sekali gus memudahkannya menjaga anak dengan baik.




"Aturan Allah cantik dan terbaik. Allah dah atur saya aktif crossfit dan pilates dari umur 20-an dulu. 


"Alhamdulillah saya sudah bersedia sejak awal untuk kesihatan diri sendiri dan untuk jaga anak sebaiknya mudah-mudahan. Amin, terima kasih Allah," katanya. 


Fazura berkongsi perkara itu menerusi ruangan komen pada sebuah hantaran oleh seorang pengguna Threads yang memuji kecekalannya sebagai seorang ibu. 


Dalam perkongsian itu turut dikongsi sebuah foto memperlihatkan Fazura sedang mendukung Fatima ketika mereka bercuti di Paris. 


"Tangan sebelah gendong anak, tangan sebelah gendong stroller. 


"Memang patutlah syurga dibawah telapak kaki ibu," tulis netizen. 




Untuk rekod, Fazura sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fattah Amin pada 27 November 2017 dan disahkan bercerai pada 7 Oktober 2024. 


Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 6 tahun.


Sumber: mStar



0 Comments

|

290 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content