Norreen Iman Enggan Ulas Penampilan Terbaharu, Mohon Orang Ramai Henti Buat Fitnah

Pelakon Norreen Iman tampil memberi respons ringkas susulan penampilan terbaharunya yang dikatakan tidak lagi berhijab menjadi perhatian ramai di media sosial.

Ketika dihubungi, Norreen, 32, memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

“Tiada apa yang saya nak cakap buat masa ini,” katanya ringkas.

Pelakon itu turut memaklumkan dia sedang sibuk dan tidak dapat bercakap lama ketika dihubungi.

Nama Norreen menjadi bualan selepas dia berkongsi beberapa foto dengan penampilan terbaharu tanpa berhijab sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Ramai peminat meluahkan rasa terkejut dan kecewa melihat perubahan penampilan pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu.

Sebelum ini, Norreen turut memuat naik satu hantaran di Threads yang meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Doakan yang baik-baik sahaja. Tapi kalau dah level sampai fitnah, ini melebih,” tulisnya.


Sumber: mStar



0 Comments

|

133 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content