Pemain Dram Meditasi Raja Azreen Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Buat Persembahan

Pemain dram kumpulan Meditasi, Raja Azreen, dilaporkan meninggal dunia selepas tiba-tiba rebah ketika membuat persembahan di Kuantan, Pahang pada malam Sabtu.

Berita pemergian Allahyarham disahkan vokalis kumpulan itu, Burn, yang memaklumkan jenazah akan dibawa pulang ke Bandar Baru Bangi, Selangor untuk urusan pengebumian.

“Jenazah akan tiba di Surau Bangi Perdana. Jenazah sekarang sudah bergerak dari Kuantan,” katanya ringkas.

Sementara itu, seorang lagi anggota kumpulan, Zack, berkata Allahyarham difahamkan berhasrat untuk bermain dram bagi lagu pertama daripada album Meditasi, yang juga merupakan permintaannya sebelum persembahan.

Raja Azreen menyertai kumpulan Meditasi sekitar tahun 1990 selepas kumpulan itu selesai merakamkan album pertama mereka.

Meditasi dikenali menerusi beberapa lagu popular termasuk Bidadari, Hukuman Pada Pesona dan Biar Pedih Kasih Memanjang.

Sumber: mStar



0 Comments

|

85 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content