Raja Azura Terbuka Jadi Mentor, Tak Kenakan Bayaran

Selebriti versatil Raja Azura mengakui sentiasa bersedia berkongsi pengalaman dan ilmu pengacaraan kepada generasi baharu yang ingin menceburi bidang tersebut.


Menurut Raja Azura, 53, dia tidak pernah berkira untuk membimbing sesiapa sahaja, namun sehingga kini belum ada pengacara muda yang tampil bertemu dengannya bagi mendapatkan tunjuk ajar.

“Cari saya? Mereka mungkin tidak berani nak jumpa saya sama ada di sebarang acara pun.

“Namun kalau nak jumpa dan bertegur sapa di mana-mana acara, saya okey dan tiada masalah untuk mereka dapatkan ilmu.

“Saya bukan jenis kedekut ilmu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambahnya, segala pengalaman yang dikumpul sepanjang bergelar pengacara wajar diwariskan kepada pelapis supaya bidang tersebut terus berkembang.

“Hakikatnya, saya pun akan tinggalkan dunia ini dan akan bagi ilmu tersebut. Kalau ada yang inginkan, ambillah.

“Tiada niat pun nak meletakkan sebarang harga atau kenakan pembayaran.

“Kalau rasa nak ilmu ini, bertanya dan saya boleh bagi saja. Insya-Allah tiada masalah, datang dan jumpa dengan saya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Raja Azura meluahkan rasa syukur apabila diberi kepercayaan untuk kembali mengendalikan program Kilauan Emas Selebriti selepas lebih sedekad meninggalkan rancangan berkenaan.

Katanya, peluang tersebut menjadi bukti dirinya masih relevan dalam industri hiburan.

“Saya bersyukur, ini semua rezeki, rezeki anak-anak. Saya rasa masih lagi relevan kerana selalu ikhlas, merendah diri dan menjaga kualiti dalam setiap perkara yang dilakukan.

“Meskipun jumlah pengikut saya dalam media sosial tidaklah ramai tetapi mungkin kualiti itu yang dipandang. Insya-Allah saya akan menjaganya,” katanya.



0 Comments

|

70 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content