Sarimah Nekad Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Fitnah

Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim mengambil keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang susulan dakwaan fitnah serta gangguan berterusan yang didakwa berlaku terhadap dirinya di media sosial.


Menerusi satu hantaran dalam Threads, Sarimah berkongsi kenyataan rasmi daripada firma guaman yang mewakilinya berhubung perkara tersebut.


"Salam, sekiranya ada yang terlepas pandang kita share dekat sini.


"Now... let's move on! I have three brand shoots coming up next to prep for," tulisnya.


Menurut firma guaman Arif Azmi & Co, pelbagai usaha telah dilakukan sebelum ini bagi menyelesaikan isu berkenaan secara tertutup dan profesional.


"Sebelum mengambil langkah undang-undang ini, anak guam kami dan wakil-wakil beliau sudah berusaha untuk menangani perkara-perkara secara tertutup dan penuh hormat.


"Malangnya, perkara yang memudaratkan itu masih tetap berterusan dan anak guam kami memberi arahan untuk mengambil tindakan undang-undang bagi melindungi reputasi, kesejahteraan peribadi dan kepentingan profesional beliau," menurut kenyataan tersebut.


Pihak guaman turut memaklumkan semua bahan bukti berkaitan telah disimpan dan dipantau bagi tujuan tindakan lanjut terhadap mana-mana kandungan yang didakwa berunsur fitnah.


"Ia bagi melindungi kredibiliti anak guam kami yang berhadapan kesan perbuatan didakwa menjejaskan reputasinya kerana masih berlarutan.


"Semua bahan bukti sudah disimpan dan berada dalam pengawasan pihak berkaitan bagi pemeliharaan serta pemantauan terhadap sebarang penerbitan, perkongsian atau penerbitan semula kandungan yang berunsur fitnah berkenaan," jelas kenyataan itu.


Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memberikan sokongan kepada Sarimah dan berharap selebriti berkenaan terus memberi fokus kepada kerjaya serta komitmen seninya.


Sumber: Harian Metro



0 Comments

|

Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content