'Saya Kalah Sebab Tak Mampu Buat Majlis Besar' - Abby Abadi Buka Cerita

Pelakon Abby Abadi tampil meluahkan isi hati yang dipendam hampir dua dekad selepas menjadi perhatian ramai kerana tidak menghadiri majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak keduanya, Marissa Dania Hakim.

Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, ketiadaannya pada majlis tersebut bukan berpunca daripada rasa marah terhadap anaknya, sebaliknya dia berasakan dirinya sudah tidak mampu menandingi cara kehidupan yang dipaparkan di media sosial.

“Jangan salah faham. Saya ucap selamat hari lahir kepada Marissa bukan sebab marahkan dia. Saya cuma nak dia tahu hari istimewa anak-anak sentiasa dalam ingatan saya.

“Tak pernah sekalipun saya gagal meraikannya kecuali tahun ini. Tak mengapalah, saya kalah sebab saya tak mampu buat majlis besar-besar. Saya orang biasa.

“Apa yang ada hari ini pun hasil kerja keras untuk beri kehidupan baik kepada anak-anak,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Dalam luahan sama, Abby mendakwa pengorbanan yang dilakukannya sebagai seorang ibu seolah-olah tidak lagi dihargai apabila keadaan hidup berubah.

“Bila dah makin seronok, buat majlis pun macam saya dah mati. Rasa macam dah beri seluruh jiwa raga, tetapi bila diuji dengan harta benda, mereka lupa pernah meninggalkan luka parah dalam hati saya,” ujarnya.

Abby turut mengimbau pengorbanan membesarkan tiga cahaya mata hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Norman Hakim, termasuk melalui tempoh kehamilan dan melahirkan anak dalam keadaan yang disifatkannya penuh cabaran.

“Cuma saya nak anak-anak saya tahu dari awal mengandung sampailah melahirkan kamu semua mama mu ini berjuang sendiri. Anak nombor satu keadaan masih baharu dah terasa deritanya, tapi sebab sayang teruskan juga.

“Anak nombor dua mengandung pun layan diri. Menangis sendiri, melayan jiwa sendiri sebab suami tak balik, tahu-tahu nak bersalin, dia muncul. Sikit pun saya tak marah, saya buat rileks. Saya bersalin dalam kereta dan sambut sendiri anak,” katanya.

Dalam pada itu, Abby turut membangkitkan isu nafkah dan keadilan terhadap anak-anak yang didakwanya menjadi antara punca hubungan mereka melalui pelbagai konflik.

“Bila saya bangkitkan soal keadilan untuk anak-anak dan nafkah yang saya tak pernah dapat di tangan, bermulalah pelbagai konflik. Kalau tak selesai di dunia, akhirat pasti bertemu,” ujarnya.

Mengakhiri perkongsiannya, Abby mengakui segala ujian yang dilalui banyak mengajarnya tentang kehidupan, selain membuatkan dirinya lebih memahami makna trauma dan berserah kepada Allah SWT.

Sebelum ini, Abby tidak kelihatan menghadiri majlis sambutan ulang tahun kelahiran Marissa yang dianjurkan Norman Hakim bersama isterinya, Memey Suhaiza, sekali gus mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Marissa merupakan anak kedua hasil perkahwinan Abby dan Norman yang mendirikan rumah tangga pada 2002 sebelum bercerai pada 2009. Mereka turut mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 23, dan Maria Danisha Hakim, 18.


Sumber: Kosmo! Online



0 Comments

|

89 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content