'Saya Rasa Saya Tak Hidup Lama' - Sharifah Zarina Kongsi Sebab Tak Lagi Kejar Dunia

Penyanyi Sharifah Zarina mengakui sering terfikir mengenai soal kematian sehingga merasakan usianya mungkin tidak panjang, namun menganggap perasaan itu sebagai peringatan untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Menurut Zarina atau nama sebenarnya Sharifah Zarina Wan Hassan, 44, dia kini tidak lagi terlalu mengejar kemewahan atau perkara bersifat duniawi seperti sebelum ini.

“Saya selalu cakap dengan orang, saya rasa saya tak hidup lama.

“Kadang-kadang orang tanya kenapa cakap macam itu. Tak tahulah tapi dia ada rasa sendiri sebab saya dah tak kejar dunia dah,” katanya kepada HibGlam ketika sesi lawatan media ke set penggambaran 'Wish List', baru-baru ini.

Pelantun lagu 'Langit Ke-7' itu berkata, perubahan tersebut membawanya menikmati ketenangan yang sukar digambarkan, selain membuatkan dia tidak lagi terlalu mementingkan perhatian di media sosial.

“Saya rasa ketenangan luar biasa sebenarnya. Bukan nak cakap sebab ada duit boleh pergi (Mekah).

“Ketenangan yang rasakan ketika ini lain. Saya dah tak mengejar dunia sangat dah.

“Media sosial pun kadang-kadang saya rasa macam tak ada apa benda nak muat naik.

“Saya dah tak hairan sangat dengan apa yang ada. Tak ada benda yang saya nak kejar atau nak tunjuk dekat orang, saya lebih rileks saja,” jelasnya.

Dalam masa sama, Zarina bersyukur kerana kini mempunyai lebih banyak masa untuk mengikuti kelas agama serta mengerjakan umrah apabila diberikan peluang.

“Sekarang banyak masa terluang, saya boleh pergi kelas agama dan banyak kali mengerjakan umrah.

“Kadang-kadang saya pun fikir, cukup ke duit nak pergi? Tapi Allah izinkan.

“Mungkin Allah dah nampak usaha saya dan rasa saya dah bersedia,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zarina bakal muncul menerusi drama terbaharu arahan Michael Ang berjudul 'Wish List', yang turut dibintangi Lorenzo Irmann, Arabella Ellen, Qi Razali, Ramona Zam Zam, Azqa Aziz dan Norazah Aziz.



0 Comments

|

87 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content