"Saya Rasa Teruk Bila Dia Yang Minta Maaf" - Mia Sara Tak Salahkan Puteri Balqis

Susulan kemelut lama dengan Puteri Balqis, pelakon Mia Sara mengakui penulisannya terhadap wanita itu sememangnya sangat pedih dan cemas selepas isu menjadi semakin besar.


Mahu membetulkan keadaan, Mia atau nama lengkapnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 21, mengakui bapanya menasihatinya agar mendiamkan diri bagi mengelak niat asalnya diputar belit pihak lain.


"Saya tak salahkan dia (Puteri Balqis) sebab bila saya baca balik cara saya tulis pun memang sangat mengundang. Ketika itu, isu tersebut sangat besar dan saya tak tahu nak buat apa.


"Saya jadi panik dan saya cakaplah macam boleh tak saya nak buat permohonan maaf secara terbuka. Papa cakap, 'jangan cakap apa-apa, awak tahu apa niat awak, orang putar belit ayat awak dan akan menjadi lebih besar. Jadi, lebih baik berdiam diri," katanya menerusi klip video pendek sebuah audio siar yang dikendalikan pengacara Datuk Aznil Nawawi.


Dalam pada itu, Mia turut mengakui dilanda rasa bersalah selepas Puteri Balqis terlebih dahulu memuatnaik video memohon maaf atas insiden tersebut.


"Kemudian keesokkan harinya, dia minta maaf kepada saya. Dia buat satu video permohonan maaf kepada saya.


"Saya rasa lebih teruk sebab saya yang tersalah, saya yang salah cakap tapi itu bukan niat saya," katanya lagi.


Difahamkan kemelut antara dua pelakon yang menceburi arena lakonan sejak kanak-kanak itu sudah berlaku agak lama.


Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish menyeru Mia tampil bagi menyelesaikan kemelut antara mereka selepas dia didakwa pernah memalukan ibunya.


Konflik kian meruncing apabila Aqish turut mendakwa Mia terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti berparti di kelab malam, minum alkohol dan mengambil bahan terlarang.


Video temu bual antara Aznil dan Mia dirakam sebelum konflik mereka semakin memanas baru-baru ini. 


Sumber: Kosmo! Online



0 Comments

|

398 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

jinnie _

5 months ago

test2

ammar aiman

6 months ago

kenape ni weh

Nadzmi. Fauzi

6 months ago

wow!!!

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content