"Saya Tak Akan Buat Kenyataan Bodoh" - Kamal Adli Guna Mahkamah Selesaikan Kes Perceraian

Pelakon, Kamal Adli, menegaskan hanya akan menggunakan saluran betul iaitu mahkamah untuk menyelesaikan kes perceraiannya dengan aktres, Uqasha Senrose.


Kamal, 39, turut berjanji tidak akan sesekali mengeluarkan sebarang kenyataan bodoh atau menyebarkan aib keluarganya. 


"Hari ini kita dengar apa hakim akan cakap, saya sendiri tidak tahu apa akan berlaku. Saya akan pertahankan selagi mana mampu dan ikut prosedur. 


"Saya akan berjuang. Ruang saya hanya di mahkamah kerana untuk berjumpa Uqasha sudah tiada peluang.


"Saya tak akan buat kenyataan bodoh, saya guna saluran yang betul," katanya kepada mStar. 




Kamal memaklumkan perkara itu ketika ditemui sebelum prosiding perceraiannya yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.


Kamal hadir berpakaian sut hitam lengkap dengan ditemani peguamnya, Hadi Salleh pada pukul 10.15 pagi. 


Dalam masa sama, Kamal turut meluahkan rasa gembira apabila dapat bertemu dengan anaknya, Hawra Uqaira pada Selasa. 


Sementara itu, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen,33, yang hadir sejurus selepas itu hanya meminta doa yang baik-baik. 


"Doakan yang baik-baik sahaja," ujarnya. 


Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.


Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.


Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.


Sumber: mStar



0 Comments

|

291 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content