Sharifah Sakinah Akui Kontroversi Lama Jadi Pengajaran, Kini Lebih Matang

Kembali diingatkan terhadap perangai gemar mengundang sensasi satu ketika dahulu, pelakon Sharifah Sakinah mengakui setiap perkara tersebut kekal menjadi memori yang tersimpan kemas dalam ingatannya.


Sakinah atau nama lengkapnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 36, berkata, peringatan seorang individu berhubung 'kes' tidak senonoh serba merah (gincu, baju dan seluar dalam) yang dilakukan belasan tahun lalu demi mengejar perhatian umum kini menjadi pengajaran terbaik buat dirinya.


Akuinya, dia antara selebriti terawal yang bereksperimentasi (mencari perhatian menerusi media sosial) sebelum kelakuan sebegitu menjadi amalan ramai ketika ini.


"Saya masih menyimpan memori itu. Jika ditemui, insya-Allah akan saya kongsikan semula.


"Dahulu, saya antara yang terawal bereksperimen sebelum semuanya menjadi arus biasa.


"Hari ini, ramai memilih jalan perhatian. Namun saya percaya, baik atau buruk segalanya tetap membawa pelajaran," katanya dalam Threads.


Bagaimanapun, pelakon drama Girlfriend Dari Neraka itu bersyukur proses pendewasaan sebelum ini menjadikannya seorang wanita yang lebih matang dan berjaya.


"Perjalanan ini mendidik saya daripada sekadar hiburan kepada sebuah titik tolak menjadi insan yang lebih matang dan berjaya," ujarnya lagi.


Hantaran tersebut dikongsi selepas seorang netizen memberi bayangan mengenai kontroversi yang pernah dicetuskan Sakinah ketika awal penglibatannya dalam industri seni.


"Siapa ingat kes Kinah (Sharifah Sakinah) gincu merah dan seluar dalam merah.


"Walaupun dia dah popular, jangan ingat dia boleh selamat," katanya. 


Sumber: Kosmo! Online



0 Comments

|

234 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content