Shila Amzah pertimbang bawa keluarga menetap di China

Selepas 25 tahun mengharungi pelbagai cabaran dalam dunia hiburan, penyanyi Shila Amzah mengakui kini berada dalam fasa paling tenang apabila bebas menentukan sendiri hala tuju kerjaya dan kehidupan peribadinya.

Menurut Shila, kebebasan yang dinikmati ketika ini turut membuatkan dia terbuka untuk mempertimbangkan penghijrahan semula ke China sekiranya peluang kerjayanya di negara itu terus berkembang.

"Saya boleh katakan kini saya boleh menarik nafas lega dengan kebebasan yang dimiliki. Cuma kadang-kadang saya dan Ubai ada terfikir seandainya segala-galanya berlaku ataupun berjalan dengan lebih pantas untuk mendapatkan apa yang kami sasarkan.

"Maka mungkin pada waktu itu saya tidak akan menolak kalau saya perlu berhijrah kembali ke China.

"Saya juga akan bawa anak-anak untuk menetap di sana kerana sekarang ini setiap kali saya ke sana atas urusan kerja, ia mengambil masa tiga atau empat hari, kadang-kadang kena tinggalkan anak," katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut penyanyi lagu Memori Tercipta itu, ibunya banyak membantu menjaga anak-anak setiap kali dia berada di luar negara bagi memenuhi komitmen kerja.

"Mujur, rumah mak dan juga bapa tiri saya memang 10 minit sahaja daripada kami. Jadi mak sayalah yang banyak tengok-tengokkan anak. Walaupun kita ada pembantu, pada masa sama kami ada keluarga juga.

"Itu antara pengorbanan yang saya perlu lakukan. Tetapi saya akan pastikan anak-anak saya tengok mama mereka dan rasa bangga dengan saya. Itu benda yang pertama yang selalu berada dalam fikiran saya," ujarnya.

Shila turut mendedahkan dia bakal menandatangani satu lagi kontrak jangka panjang di China, namun enggan berkongsi butiran lanjut buat masa ini.

"Saya sebenarnya bakal menandatangani kontrak lain di sana. Saya tidak boleh dedahkan berapa lama ataupun untuk apa buat masa sekarang, tetapi kontrak itu agak lama.

"Saya fikir kalau asyik berulang-alik, sebenarnya penat juga," katanya.

Bagaimanapun, Shila menegaskan perancangan itu bukan bermaksud dia melupakan peminat di Malaysia, sebaliknya hanya mahu memanfaatkan setiap peluang yang hadir.

"Saya merasakan rezeki itu tiada pada waktu itu. Jadi bila sekarang ini peluang itu datang semula, bukan saya mahu cakap tentang penghargaan atau apa. Bagi saya, di mana-mana ada rezeki, itulah yang saya percaya.

"Dan itu tidak bermaksud saya melupakan peminat saya di sini. Kalau tidak, tak adalah saya buat album Melayu atau buat konsert di sini. Saya cuma cuba mencari keseimbangan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Shila bakal mengadakan Konsert Shila Amzah – KITA: 25 Tahun Bersama di Arena of Stars, Genting Highlands pada 15 Ogos ini bersama beberapa artis jemputan termasuk Mimi Fly, Hael Husaini, DJ Fuzz, Kidd Santhe dan Balan Kashmir.


Sumber: Utusan



0 Comments

|

48 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content