Siti Nurhaliza Terima Ijazah Kehormat Sarjana Daripada Sunway University Artikel:

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima Ijazah Kehormat Sarjana dalam bidang Seni Kreatif dan Media daripada Sunway University sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besarnya dalam industri muzik dan seni kreatif tanah air.

Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 46, meluahkan rasa syukur atas penghormatan tersebut yang disifatkannya sebagai satu pengiktirafan besar bukan sahaja buat dirinya, malah seluruh penggiat industri seni tempatan.

"Syukur Alhamdulillah, pengiktirafan Ijazah Sarjana Kehormat dalam bidang Seni Kreatif dan Media daripada Sunway University ini adalah satu penghormatan yang sangat besar.

"Ini bukan sahaja penghargaan untuk perjalanan seni saya seorang, tetapi juga satu pengiktirafan tertinggi buat seluruh warga industri muzik dan seni kreatif tanah air.

"Terima kasih kepada pihak pengurusan Sunway University atas penghormatan yang cukup bermakna ini," katanya menerusi hantaran di Instagram pada Khamis.

Dalam pada itu, Siti berharap pengiktirafan tersebut dapat menjadi pemangkin kepada lebih ramai anak muda untuk terus menceburi bidang seni kreatif dan media.

Menurutnya, anugerah itu membuktikan kerjaya dalam bidang seni bukan sahaja mempunyai nilai yang tinggi, malah turut mendapat pengiktirafan dalam dunia akademik.

"Pengiktirafan ini membuktikan bahawa bidang seni kreatif dan media adalah satu profesion yang sangat berprestij dan dihormati oleh dunia akademik.

"Semoga anugerah ini menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda dan pengamal seni tempatan untuk terus berkarya dengan mutu yang tinggi, beretika serta membawa seni budaya kita ke peringkat yang lebih tinggi," ujarnya.


Sumber: mStar



0 Comments

|

43 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content