Siti Nurhaliza Titip Nasihat, Hari Lahir Anak Patut Ucap Terima Kasih Kepada Ibu Bapa

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil berkongsi pandangan mengenai hubungan anak dan ibu bapa selepas membaca luahan seorang pengguna media sosial yang sedih kerana tidak menerima ucapan hari lahir daripada ibu bapanya.

Menerusi hantaran di Threads, Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 47, berpendapat seseorang anak tidak seharusnya hanya menunggu ibu bapa menghubungi mereka pada hari ulang tahun kelahiran, sebaliknya mengambil peluang menghargai jasa insan yang telah membesarkan mereka.

"Saya nak kongsi, selalunya kita memang harap orang beri ucapan hari lahir, terutama sekali ayah dan ibu. Tapi boleh tak kita tukar persepsi itu?

"Bila hari lahir, kita yang sepatutnya hubungi ayah dan ibu, ucapkan terima kasih sebab dah lahirkan serta besarkan kita dengan baik," ujarnya.

Menurut Biduanita Negara itu, pemberian hadiah daripada anak kepada ibu bapa juga lebih bermakna sebagai tanda penghargaan atas segala pengorbanan mereka.

"Tanpa mereka, kita tidak berada di dunia ini. Kita yang patut hadiahkan mereka.

"Semoga apa yang saya kongsi ini tak menyinggung perasaan. Selamat hari lahir," katanya.

Perkongsian Siti menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang bersetuju dengan pandangannya, selain berkongsi pengalaman masing-masing menghargai ibu bapa setiap kali tiba hari kelahiran.

Terdahulu, seorang pengguna Threads meluahkan rasa sedih apabila mendakwa tidak menerima panggilan mahupun ucapan hari lahir daripada ibu bapanya sehingga membuatkan dia berasa seolah-olah tidak dihargai.

Sumber: mStar



0 Comments

|

117 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content