Suara Borneo Kini Diiktiraf, AIM25 Perkenal Kategori Baharu

Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-25 melakar sejarah apabila buat julung kalinya memperkenalkan kategori Lagu Borneo Terbaik, sekali gus membuka ruang lebih luas kepada karya dari Sabah dan Sarawak untuk bersaing di pentas anugerah muzik paling berprestij negara.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM25, Rosmin Hashim berkata, pengenalan kategori tersebut bukan didorong oleh syarat penaja, sebaliknya lahir daripada komitmen AIM dalam mengiktiraf kepelbagaian muzik tempatan.

Menurutnya, kategori itu diwujudkan bagi memberi peluang lebih besar kepada penyanyi dan pencipta lagu dari Sabah serta Sarawak, termasuk karya dalam bahasa dan dialek Borneo.

"Kita tahu kedua-dua negeri ini mempunyai begitu banyak karya berkualiti, sama ada muzik pop, etnik atau genre lain. Namun sebelum ini, peluang untuk karya sebegitu menyerlah di pentas AIM agak terhad.

"Jadi, sudah tiba masanya suara dan identiti muzik Borneo diberikan pentas lebih besar sebagai sebahagian daripada landskap muzik Malaysia," katanya kepada HibGlam.

Bagaimanapun, Rosmin menjelaskan setiap karya hanya boleh dicalonkan dalam satu kategori sahaja, sama ada Lagu Borneo Terbaik atau kategori lain yang bersesuaian seperti Lagu Etnik Terbaik.

"Mereka perlu membuat pilihan. Sekiranya berasakan lagu lebih sesuai bertanding dalam kategori Lagu Etnik Terbaik, mereka boleh memilih kategori tersebut.

"Tidak boleh menghantar karya sama ke dua kategori," katanya.

Sempena sambutan Jubli Perak, AIM25 turut memperkenalkan kategori Lagu Perayaan Terbaik sebagai usaha memperluaskan lagi pengiktirafan terhadap kepelbagaian identiti dan ekspresi muzik tempatan.

Pencalonan AIM25 dibuka kepada karya yang diterbitkan antara 1 Januari hingga 31 Disember 2025 dan berlangsung sehingga 6 Ogos depan menerusi laman rasmi AIM, dengan malam kemuncak dijadual berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak pada 26 September depan.


Sumber: Kosmo! Online



0 Comments

|

55 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content