Sweet Qismina Turun 7Kg Sebulan Demi Watak Filem Baharu

Pelakon Sweet Qismina sanggup menurunkan berat badan sebanyak tujuh kilogram (kg) dalam tempoh sebulan sebagai persediaan menjayakan watak dalam sebuah filem baharu.

Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 29, berkata, dia menjalani latihan fizikal yang ketat termasuk berlari sejauh tiga kilometer (km) setiap malam selain mengurangkan pengambilan gula bagi mencapai berat badan yang diperlukan.

“Alhamdulillah saya turun 7kg dalam masa sebulan untuk tuntutan watak.

“Saya dapat tawaran untuk satu filem dan sebulan sebelum masuk set, saya diminta berjoging untuk meningkatkan stamina serta mendapatkan tahap kecergasan yang diperlukan.

“Filem itu bergenre slasher. Buat masa ini saya belum boleh berkongsi lanjut kerana masih rahsia, tetapi penggambaran sudah selesai. Disebabkan itu, suami saya setiap malam akan pastikan saya berlari sejauh 3km,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada konsert minggu keempat Big Stage X Rocketfuel.

Mengulas cabaran yang dilalui, Sweet mengakui proses menurunkan berat badan dalam tempoh singkat memberi tekanan emosi kerana pada masa sama dia perlu menjalani latihan intensif bagi memastikan tahap stamina kekal tinggi sepanjang penggambaran.

“Memang agak tertekan kerana perlu kurus dalam masa sebulan, tetapi pada masa sama saya juga perlu bersenam untuk mendapatkan tenaga.

“Sepanjang penggambaran pun saya masih terus berlari. Mungkin sebab itu berat badan saya semakin berkurangan,” katanya.

Ditanya mengenai kaedah rawatan kurus seperti suntikan, Sweet berkata dia tidak pernah terfikir untuk mencubanya kerana lebih selesa mengamalkan cara semula jadi dengan bantuan suaminya yang bertindak sebagai jurulatih peribadi.

“Alhamdulillah, belum terfikir untuk buat suntikan sebab saya masih ada suami yang menjadi jurulatih peribadi.

“Kalau suatu hari nanti saya mencuba sesuatu yang terbukti baik, selamat dan memberi manfaat, barulah saya akan berkongsi,” katanya.

Sebelum ini, Sweet pernah menurunkan berat badan sebanyak 10kg bagi menjayakan watak pesakit Sindrom Guillain-Barré dalam filem Babah, selain menjelaskan dia mendapatkan nasihat pakar nutrisi dan mengamalkan diet cecair, sekali gus menafikan dakwaan menjalani prosedur bariatrik.


Sumber: Kosmo! Online



0 Comments

|

57 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content