Tak Datang Mahkamah, Linda Hashim Tahu Beego Di Mana

Pelakon, Linda Hashim mendakwa suaminya, Beego, menjadikan kematian ahli keluarga sebagai alasan untuk tidak hadir ke prosiding kes perceraian mereka pada Selasa.


Linda, atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 41, berkata dia tahu keberadaan Beego selain mengetahui pengurusan jenazah ahli keluarganya itu sudah selesai pada malam Isnin.


"Saya ada bukti dia (Beego) berada di mana, sebab dia beritahu saya di mana keberadaannya. Dia tidak datang pun ke pengebumian arwah ibu saudaranya pada Isnin.


"Dia hanya menggunakan alasan ada kematian. Tapi tak apa, Allah Maha Melihat, Allah Maha Mendengar, Allah Maha Mengetahui.


"Saya serah sepenuhnya pada Allah, biar Allah sahaja yang atur segala perjalanan di sini hingga pengakhiran yang sangat-sangat baik, insya-Allah," katanya.


Linda berkongsi perkara itu sebaik selesai prosiding penceraian dan lafaz taklik yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.


Tidak hanya itu, dia juga mendakwa Beego menggunakan status sebagai suami untuk melambatkan kes perceraian mereka.




Difahamkan, Beego juga mahu mengetahui jumlah nafkah anak-anak, idah, dan mutaah yang akan difailkan olehnya sebelum membuat keputusan untuk berpisah.


"Saya baru dapat tahu daripada peguam defendan (pihak Beego) kenapa dia tak nak lepaskan saya, sebab dia nak tengok dulu fail nafkah dan mutaah saya. Apa-apa yang berkaitan dengan bab duit.


"Sekiranya dia bersetuju, dia akan bercerai. Sekiranya dia tak bersetuju, mungkin dia akan gantung lagi saya atau tangguh kes perceraian kami ini.


"Nafkah idah, nafkah anak-anak, semua benda yang berkaitan dengan duit. Saya rasa dia risaukan perkara itu. Dia menggunakan kuasa veto dia sebagai seorang suami untuk gantung dulu selagi dia tak tengok berapa jumlah yang saya minta," ujarnya.


Pun begitu, Linda berkata dia masih belum memikirkan tentang perkara tersebut. Dia kini hanya mahu memberi fokus untuk menyelesaikan kes perceraian terlebih dahulu.


"Tetapi buat masa sekarang ini saya tak fokus pun tentang nafkah sebab saya tak fikir pun fasal segala benda. Saya hanya nak bercerai sahaja. Tapi dia sibuk dengan hal yang sedemikian.


"Sebab itu dia kadang-kadang nak cerai, sekejap tak nak. Peguam saya beritahu bahawa dia bersetuju untuk cerai, tetapi tidak datang pula hari ini," luahnya.




Mahkamah menetapkan untuk menangguh prosiding perceraian mereka pada 21 Januari 2026.


Sejak Januari lalu, rumah tangga Linda dan Beego menjadi perhatian ramai apabila aktres berkenaan memfailkan perceraian dengan alasan tiada persefahaman.


Bagaimanapun, proses penceraian pasangan itu sehingga kini masih belum dapat diselesaikan secara baik.


Pasangan itu sebelum ini pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023 sebelum kembali rujuk pada 9 April 2023.


Linda bagaimanapun mendakwa mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.


Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.


Sumber: mStar



0 Comments

|

313 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content