Uqasha Senrose Enggan Diam Kalau Anak Terus Dijadi 'Peluru'

Pelakon, Uqasha Senrose, 33, gagal menahan emosi apabila melihat anaknya dijadikan 'peluru' dalam pertikaian peribadi.


Dalam satu perkongsian terbaru di media sosial, Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, meluahkan rasa kecewa terhadap situasi membabitkan anaknya yang didakwa rumit oleh Kamal Adli. 


"Kalau masih guna anak sebagai 'peluru' , saya tak akan berdiam diri lagi. 


"Dulu tak bersungguh pun nak anak? Tak rajin muat naik video atau gambar anak?" katanya.




Uqasha turut mempertikaikan sikap pihak terbabit yang sejak kebelakangan ini kerap merakam dan memuat naik video bersama anak, seolah-olah mahu menunjuk betapa penyayangnya mereka.


Sebaliknya, kata Uqasha, dia sendiri terpaksa merakam momen bersama anak sendiri semata-mata untuk menyimpan memori berharga mereka.


"Siapa yang selalu rakam dan muat naik video awak (Kamal) dengan anak untuk tunjuk betapa penyayangnya awak? 


"Pernah tak awak rakam saya dengan anak dan post? Saya terpaksa rakam sendiri untuk simpan memori kami," ujarnya.


Uqasha turut menceritakan tentang situasi ketika ada perbincangan untuk mengambil barang peribadinya di rumah yang perlu ditetapkan tarikh.


"Nak ambil barang-barang saya dekat rumah pun kena booking pula? Ini memang terlalu melampau," katanya.


Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.


Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. 


Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 20 bulan. 


Sumber: mStar



0 Comments

|

301 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content