Pementasan yang diberi nama Sheila Majid 40 Years In Music itu akan membawa tema keraian yang penuh warna-warni.
Persembahan solo itu, kata Sheila, akan menjadi rangkuman momen-momen manis perjalanan karier seni beliau selama empat dekad.
Menurut Sheila, pementasan pertamanya di lokasi mega Axiata Arena merupakan saat yang dinantikan beliau selama ini.
Ini kerana, semenjak Axiata Arena wujud, kata Sheila, beliau pernah beraksi di lokasi yang sudah menampilkan ramai penyanyi tempatan dan antarabangsa.
Selama menghiburkan peminat setianya, Sheila sudah banyak mengadakan persembahan di lokasi popular seperti Stadium Merdeka, Stadium Negara, Dewan Filharmonik Petronas, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Untuk meraikan kerjaya seni selama 40 tahun ini dan belum pernah beraksi di Axiata Arena, saya fikir ada baiknya saya rebut peluang ini dengan mengadakan konsert di lokasi ini,kata Sheila pada sidang media, di sini, hari ini.
Konsert solo Sheila kali ini masih mengekalkan pasukan produksi yang setia mengiringi persembahan beliau selama ini seperti Mac Chew selaku Pengarah Muzik, Jennifer Thompson (Pengarah Konsert) dan Steve Ho (pereka pentas).